Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Friday, December 31, 2010

Pas bimbang pembaharuan dalam UMNO

KODIANG, 30 Dis. - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, pemimpin Pas melihat pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah disebabkan pengaruh ayahnya adalah kerana parti itu tiada isu dan bimbang dengan pembaharuan yang sedang berlaku dalam UMNO.

Beliau berkata, pelantikannya bukanlah isu sebenar tetapi pemimpin-pemimpin Pas lebih suka menyentuh isu peribadi.

"Saya tidak perlu hirau komen-komen mereka kerana yang lebih penting ialah perubahan dalam UMNO disenangi rakyat,” kata Mukhriz kepada Bernama semasa diminta mengulas kenyataan anggota exco kerajaan Pas Kedah, Abdul Ghani Ahmad semalam, yang menganggap pelantikannya kerana beliau adalah anak Tun Dr. Mahathir, manakala Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar pula menyifatkan Mukhriz masih mentah. - Bernama

pemudatg kata: Kenapa nak takut dan bimbang dengan bayang-bayang sendiri. Ini jelas menunjukkan Pas tidak mampu untuk membawa dasar-dasar nya kedalam Pakatan Rakyat. Bak kata PM, tidur satu bantal, mimpi lain2. Pembaharuan yang dicanang-canang tidak dapat dilaksanakan dan memakan diri sendiri dengan bergabung di dalam Pakatan Rakyat. Lama kelamaan rakyat pasti dapat melihat bahawa Pas hanyalah boneka kepada parti lain dan menjadi orang suruhan untuk membuat provokasi kepada BN. Isu-isu remeh temeh dijadikan kambing hitam untuk memancing BN agar termakan umpan mereka.

Thursday, December 30, 2010

Laskar Merah Putih Pulang Kampung

Headline News / Olahraga / / Kamis, 30 Desember 2010 19:25 WIB

Metrotvnews.com, Jakarta: Tugas di Piala AFF 2010 telah ditunaikan. Satu per satu pemain Tim Nasional Indonesia pun meninggalkan Hotel Sultan, Jakarta, Kamis (30/12) sore. Mereka pulang kampung.

Zulkifli Sukur keluar dari hotel bersama anak dan istrinya. Ia akan pulang kampung ke Makassar, Sulawesi Selatan.

Sementara pemain sayap kiri Oktovianus Maniani akan mengunjungi keluarga di Papua. Ia ingin menghabiskan liburan tahun baru sebelum kembali merumput di Sriwijaya FC.

Begitupun dengan Bambang Pamungkas dan Christian Gonzales. Keduanya berencana merayakan pergantian tahun bersama keluarga. Sementara Irfan Bachdim dan Firman Utina masih berada di Hotel Sultan hingga sore.

Kepulangan para Laskar Merah Putih itu dijadikan kesempatan bagi para suporter. Pendukung timnas menunggu para idola agar dapat berfoto untuk terakhir kalinya.(***)


pemudatg kata: Viva Malaysia....Best Team Takes All......

Wednesday, December 29, 2010

Laporan dari TVone Indonesia - Markus Tetap Diturunkan Jaga Gawang Garuda Yang Koyak Rabak


Jakarta, (tvOne)
Kiper Utama Markus Haris Maulana dipastikan tetap akan menjaga gawang tim nasional (timnas) Indonesia melawan Malaysia pada babak final leg kedua Piala AFF 2010, Rabu (29/12/2010). Hal tersebut diungkapkan pelatih tim nasional Indonesia, Alfred Riedl usai memimpin sesi latihan tim di lapangan C Senayan, di Jakarta, Selasa (28/12/2010).


pemudatg kata: Bersedialah penjaga gawang Markus dengan serangan bertalu dari Team Malaysia. Diharap ko lepaskan lagi 2 gol sebagai hadiah kepada Team Malaysia ya donk..Diharap ko protes la lagi pasal laser dan keluar padang...boleh la Team Malaysia kenduri gol... Tak yah banyak2..dapat 2 biji dah kira kuat dah...

Gelora Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno

Perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia Rabu ini tetap berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di sini, selepas Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memberi ”lampu hijau” hari ini.

Keputusan itu dinyatakan Naib Presiden AFF, Rafi Khyk selepas melakukan pemeriksaan ke atas stadium tersebut yang mengalami kerosakan pada rumput dan kemudahan lain, angkara sekumpulan penyokong Indonesia yang merusuh petang semalam kerana tidak mendapat tiket ke perlawanan berkenaan.

"Padang ini layak digunakan untuk pertandingan 29 Disember nanti, tetapi dalam dua hari ini masih tidak boleh digunakan untuk latihan,” kata Khyk.

pemudatg kata: Malaysia Boleh...Menang 2-0 keatas Indonesia.

Siapa Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Yang Baharu?

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baru, berkuat kuasa 1 Januari.
Mohd Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember, demikian diumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Ramli, yang sebelum ini menjadi Datuk Bandar Shah Alam dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 31 tahun.
Tempat Mohd Khusrin di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.


pemudatg kata: Kenapa pula calon pilihan pakatan tidak terpilih? ha ha ha... Nampak gaya nya kuasa semakin menipis hari demi hari... Petunjuk bahawa semakin tidak diterima di Selangor gamaknya ye...Dah confirm dah, nak protes apa nya...Pejabat DYMM Sultan Selangor dah mengesahkan...terima aje la....tak kan nak derhaka pulak dgn titah Tuanku.

Tuesday, December 28, 2010

Ulasan dari MetroTVnews Indonesia - Mabuk Sepak Bola

Ulasan dari MetroTVnews Indonesia

Editorial Media Indonesia / Selasa, 28 Desember 2010 07:07 WIB


SEPAK bola kita sedang mabuk dan memabukkan. Tidak saja pemain yang mabuk di lapangan, tetapi lebih banyak lagi yang mabuk di luar lapangan. Kemenangan sempurna dalam laga penyisihan dan semifinal Piala Suzuki dulu Piala Tiger membuat pemain mabuk ekspose. Tiba-tiba para pemain tim nasional menjadi selebritas yang dielu-elukan. Publik Indonesia, termasuk para pemimpin dan elite serta media massa, merasa timnas seolah-olah telah menjadi juara dunia.

Banyak waktu dihabiskan di luar lapangan. Mulai wawancara dengan media, sarapan pagi dengan keluarga yang mengaku telah berjasa banyak dalam sepak bola, hingga istigasah. Mabuk kemenangan dan ekspose akhirnya benar-benar memabukkan ketika timnas ditekuk Malaysia tiga gol tanpa balas. Markus, sang penjaga gawang, mabuk karena matanya diganggu sinar laser penonton yang iseng. Di Stadion Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia, timnas Indonesia tidak lebih dari pasukan teler.

Tetapi, mabuk terparah justru terjadi di Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta, bukan pada saat pertandingan, melainkan dalam rebutan tiket untuk pertandingan leg kedua besok. Massa kehilangan akal sehat atas nama kebanggaan pada tim 'Garuda'. Para pemimpin memakluminya sebagai gejala bagus munculnya nasionalisme yang telah defisit. Stadion dirusak, rumput diinjak, dan petugas tiket digebuk sampai pingsan. Bahkan ada pengantre yang meninggal.

PSSI membuktikan diri sebagai organisasi yang tidak tahu kerja. Molor waktu penjualan, petugas karcis yang tidak berimbang dengan jumlah peminat, serta kealpaan para pemimpin yang bertanggung jawab di lapangan melengkapi inkompetensi PSSI. Masih ada harapan timnas menjadi juara, walaupun sangat tipis karena harus mengalahkan Malaysia dengan selisih empat gol besok malam di Gelora Bung Karno. Segala sesuatu yang overdosis pasti akan menimbulkan malapetaka. Manakah bagian dari timnas yang overdosis itu?

Publik, para pemimpin, dan elite terlalu banyak menyeret sepak bola kita ke urusan di luar lapangan atas nama macam-macam kepentingan. Padahal, sepak bola itu adalah, terutama, persoalan kompetensi di lapangan permainan.

Publik dan pemimpin harus menggunakan akal sehat mengapresiasi kemenangan dan kekalahan. Proporsionalitas akan menyelamatkan kualitas sepak bola karena dia hidup di tengah publik yang berkualitas juga. Hanya seorang drunken master yang makin hebat ketika semakin mabuk. Timnas kita, termasuk publik dan pemimpin, akan menderita kalau semuanya mabuk.


pemudatg kata: Hanya satu perlawanan bola sepak dan maruah mereka akan lebih tercalar sekiranya sikap yang tidak bermaruah ditunjukkan oleh peminat yang mabuk ini.

Siapakah yang dipilih?


Benarkah calon pilihan kerajaan pakatan rakyat Negeri untuk mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak terpilih?

Siapa pula yang terpilih? Kenapa calon kerajaan pakatan rakyat ditolak? Ha ha ha....ngok...

Kenapa pula boleh timbul isu keresahan dan kadang kala ketegangan? Siapa yg resah dan ketegangan? Adakah pakatan rakyat yang mengalami keadaan ini? Adakah ini merupakan gejala-gejala kuasa pakatan rakyat semakin menipis di Selangor? Bagaimana nak tadbir sekiranya kuasa yang ada semakin menghilang setiap hari?

Tak percaya? Tanya lah pada budak R sms tu. Memang malang buat pakatan 'goverment of that day only'.

Siapa pula calon yang menjadi pilihan?......Ayuh mari kita nantikan apabila tiba saat diumumkan...

nak cerita  lanjut? sila lah  http://n32.blogspot.com/2010/12/selangor-dilanda-konflik.html

Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan

Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.

Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang, Dr Zahimi Chik berkata, sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.

"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.

"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti “laser pointer” yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalam jarak dekat,” katanya.

pemudatg kata: Kalau laser yg mcm ni macam mana pulak?.....

Monday, December 27, 2010

Senarai Lengkap Pengerusi Perhubungan Negeri Yang Baharu


KEDAH
Pengerusi - Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah
Timbalan Pengerusi - Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir

PERLIS
Pengerusi - Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu
Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Shahidan Kassim

TERENGGANU
Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Said
Timbalan Pengerusi - Yahya Khatib Mohamad

PULAU PINANG
Pengerusi - Datuk Zainal Abidin Osman
Timbalan Pengerusi - Datuk Musa Sheikh Fadzir

SELANGOR
Pengerusi - Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN
Pengerusi - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Pengerusi - Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN
Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Pengerusi - Datuk Shaziman Abu Mansor

PAHANG
Pengerusi - Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan Pengerusi - Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin

MELAKA
Pengerusi - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Timbalan Pengerusi - Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR
Pengerusi - Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

SABAH
Pengerusi - Datuk Seri Musa Aman
Timbalan Pengerusi - Datuk Mohamad Salleh Tun Said

KELANTAN
Pengerusi - Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Awang Adek

PERAK
Pengerusi - Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah

pemudatg kata: Tahniah kepada yang baru dilantik dan selamat berjuang... Rapatkan barisan dan kukuhkan jentera parti.

pakatan pembangkang haprak berbohong besar - Perkasa

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan janji manis pakatan pembangkang untuk melaksanakan perubahan dalam masa 100 hari jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti hanya satu pembohongan besar.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika dikaji secara mendalam, kesemua janji tersebut hanya retorik dan tidak mampu dilaksanakan sekiranya keadaan ekonomi semasa negara diambil kira.
Beliau berkata, ia jelas kerana pemimpin utama pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang ekonomi dan hanya mengharapkan nasihat daripada orang lain.

"Lihat dulu latar belakang Anwar, dia tidak mempunyai kemahiran ekonomi dan pengalaman, dia hanya berkelulusan pengajian Melayu dan pengalaman sebelum menyertai politik hanya guru besar di Yayasan Anda, sekarang dia mahu bercakap mengenai ekonomi yang dia sendiri mengharapkan orang.

Ini merupakan kali pertama beliau pulang ke negeri ini selepas pembedahan pintasan jantung pada Oktober lalu dan disambut kira-kira 1,000 ahli Perkasa, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan penyokongnya.

Sunday, December 26, 2010

Bukti Jelas - pakatan rakyat takut teramat sangat kepada logo 1Malaysia


Semua pemilik premis perniagaan di seluruh negeri Selangor dilarang menggunakan logo 1Malaysia oleh kerajaan pakatan.


Alasan diberikan kerana logo 1Malaysia itu mempunyai pengaruh politik dan tidak dibenarkan dipasang di papan tanda perniagaan.


Ini jelas menunjukkan ketakutan yang teramat sangat oleh pihak pakatan dan menunjukkan ketidakupayaan mereka untuk menangkis pengaruh 1Malaysia dikalangan rakyat khususnya di Selangor.


Perhatian seterusnya juga harus diberikan kepada stesen-stesen televisyen yang terletak di Selangor yang mungkin menjadi mangsa akan datang. Berkemungkinan tidak dibenarkan untuk menyiarkan sebarang siaran yang berkaitan 1Malaysia di Selangor.


Memang sudah menjadi dasar pakatan haprak yang baik pun tetap tidak baik, walaupun 1Malaysia itu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia menjadi satu bangsa Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya hidup.

Saturday, December 25, 2010

Sakit Kepala Ku.....Nicky


Gara-gara terlebih memikirkan ceritera oleh para bloggers, Nicky  Ajis sakit kepala dibuat nya.

Angkara's oleh blogger yang dikenali sebagai Papa Gomo. Waka waka waka....Papa Gomo last minute tahun 2010 membuat satu kezutan elektrik yang memberikan sakit kepala teramat sangat kepada Nicky.

Tertanya-tanya dan ternanti oleh semua para bloggers seantero, apakah cerita yang bakal meletup selepas ini?

Friday, December 24, 2010

Mari kita lihat Janji-Janji Manis mu PRU12 - Pakat Haprak

Janji tinggal janji.....dan terus berjanji....dan berjanji. Dan ramai yang dah termakan janji walaupun auta. Dan terus mempercayai janji-janji baru mereka.

Apa guna berjanji sekiranya tidak mampu menzahir kan janji-janji manis oleh pakat haprak?

Apa... tak sekolah ke puak-puak mereka yang terus mempercayai janji-janji manis pakat haprak ini?

Janji 100 hari untuk berubah.....pi la...semua auta.

Dimanakah letak nya akal kewarasan puak-puak ini?

Thursday, December 23, 2010

Benarkah calon kerajaan pakatan rakyat tidak terpilih?


Benarkah calon pilihan kerajaan pakatan rakyat Negeri untuk mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak terpilih?

Siapa pula yang terpilih? Kenapa calon kerajaan pakatan rakyat ditolak? Ha ha ha....ngok...

Kenapa pula boleh timbul isu keresahan dan kadang kala ketegangan? Siapa yg resah dan ketegangan? Adakah pakatan rakyat yang mengalami keadaan ini? Adakah ini merupakan gejala-gejala kuasa pakatan rakyat semakin menipis di Selangor? Bagaimana nak tadbir sekiranya kuasa yang ada semakin menghilang setiap hari?

Tak percaya? Tanya lah pada budak R sms tu. Memang malang buat pakatan 'goverment of that day only'.

Siapa pula calon yang menjadi pilihan?......Ayuh mari kita nantikan apabila tiba saat diumumkan...

nak cerita  lanjut? sila lah  http://n32.blogspot.com/2010/12/selangor-dilanda-konflik.html

Janji-Janji Manis Mu...Mari Berpakat


100 hari apa ke benda nya? Kat Selangor pun janji tak boleh tunai...ini kan nak ambil alih Putrajaya. Contoh nak turun kan duit cukai taksiran @ cukai pintu kepada 20%, last tak jadi apa pun. Alasan, duit PBT tak mampu nak tampung keseluruhan kos pentadbiran dan sebagainya. Janji tinggal janji. Haprak.. dulu kata parking kereta seluruh selangor tak payah bayar, free, tapi sama gak mcm dulu. Kena gak bayar.

Benda-benda kecik mcm ni pun tak mampu nak buat, apalagi kalau nak bina hospital. Last-last g gak ke Hospital Kerajaan...Jgn kata Hospital, Klinik pun tak mampu nak buat. Haprak...Hah...Ada berani, buat la Klinik 1Selangor....

Lagi melingkup la jawabnya. Duit KWSP adalah hak milik pekerja-pekerja yang mencarum dan tidak boleh dengan sewenangnya di salah guna (wa punya duit pun ada kat situ la wei....). Sekiranya kesemua duit KWSP di arah untuk mengambil alih lebuh raya, semua jadi free, abis tu apa keuntungan yang KWSP dapat nak bayar dividen kepada pencarum-pencarum? Nak pakai free-free bagi pada orang lain?

Bila time dah pencen, satu sen pun tak boleh nak keluar pasal semua duit dah beli Highway? Ha tido la kat tengah Highway tu...Apa la ngok sangat diorang ni?
Tau la org yang guling-guling atas jalan kat Perak dulu suka tido kat tgah jalan, hisss tak sanggup weh...

Tentang FELDA plak, depa semua tu faham tak maksud FELDA? Cuba ditranslate kan ke Bahasa MALAYSIA.

Faham betul2........Kalau nak tau, buka website FELDA.

Yang ini akan disambung ke episod khas FELDA.

Wednesday, December 22, 2010

'Pembohongan besar untuk tipu rakyat' - Pakatan Rakyat Ngok

PUTRAJAYA 21 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan pakatan pembangkang jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.

Beliau menganggap kenyataan pembangkang itu sekadar umpan untuk menarik pengundi dengan bermacam-macam tawaran istimewa tanpa membuat perkiraan betul terutama dari segi kewangan.
Sebagai contoh, katanya, jika 400,000 orang guru diberikan imbuhan bulanan sebanyak RM500, ini bermakna kerajaan pembangkang perlu membelanjakan RM200 juta sebulan dan jika diukur setahun ia membabitkan kos RM2.4 bilion.

''Dia kata ada duit jadi kita bacalah (andaikan) tapi implikasinya kalau naik gaji guru tapi tak naik gaji pegawai kerajaan lain yang berjumlah 1.2 juta orang, macam mana?
''Apakah guru sahaja ditawarkan, kenapa tidak tawarkan kepada yang lain? Kalau semua dinaikkan gaji, setahun sudah berapa, darabkan dengan beberapa tahun, boleh bankrap kita," soal beliau.

Muhyiddin mengulas kenyataan pakatan pembangkang yang dalam konvensyen mereka di Pulau Pinang Ahad lalu mengemukakan Program 100 Hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13.

pemudatg kata: Memang tak syak lagi, memang pembohong besar. Cakap tak serupa bikin. Lagi jerung besar punye.....Haprak punya pakatan. Pakatan pembohong...memang berpakat nak membohong. ha ha ha..

BN akan jawab – Najib

PUTRAJAYA 21 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan pakatan pembangkang sebagai tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar apabila mahu melaksanakan Program 100 Hari jika berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Serentak itu, Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) akan memberikan reaksi yang lebih terperinci sebagai jawapan balas kepada janji manis pakatan pembangkang dalam konvensyen mereka di Pulau Pinang Ahad lalu.

‘‘Kita akan beri reaksi yang lebih jelas sebab apa yang dia nyatakan itu tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan Malaysia dan India bagi Pengurusan dan Pembangunan Lebuh Raya di negara itu, di sini, hari ini.

Najib mengulas hasil konvensyen pakatan pembangkang yang mengemukakan Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol serta merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Selain itu, pembangkang berjanji menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

pemudatg kata: 100 hari apa ke benda nya? Kat Selangor pun janji tak boleh tunai...ini kan nak ambil alih Putrajaya. Contoh nak turun kan duit cukai taksiran @ cukai pintu kepada 20%, last tak jadi apa pun. Alasan, duit PBT tak mampu nak tampung keseluruhan kos pentadbiran dan sebagainya. Janji tinggal janji. Haprak.. dulu kata parking kereta seluruh selangor tak payah bayar, free, tapi sama gak mcm dulu. Kena gak bayar.

Benda-benda kecik mcm ni pun tak mampu nak buat, apalagi kalau nak bina hospital. Last-last g gak ke Hospital Kerajaan...Jgn kata Hospital, Klinik pun tak mampu nak buat. Haprak...Hah...Ada berani, buat la Klinik 1Selangor....

Lagi melingkup la jawabnya. Duit KWSP adalah hak milik pekerja-pekerja yang mencarum dan tidak boleh dengan sewenangnya di salah guna (wa punya duit pun ada kat situ la wei....). Sekiranya kesemua duit KWSP di arah untuk mengambil alih lebuh raya, semua jadi free, abis tu apa keuntungan yang KWSP dapat nak bayar dividen kepada pencarum-pencarum? Nak pakai free-free bagi pada orang lain?

Bila time dah pencen, satu sen pun tak boleh nak keluar pasal semua duit dah beli Highway? Ha tido la kat tengah Highway tu...Apa la ngok sangat diorang ni?
Tau la org yang guling-guling atas jalan kat Perak dulu suka tido kat tgah jalan, hisss tak sanggup weh...

Tentang FELDA plak, depa semua tu faham tak maksud FELDA? Cuba ditranslate kan ke Bahasa MALAYSIA.

Faham betul2........Kalau nak tau, buka website FELDA.

Yang ini akan disambung ke episod khas FELDA.

Sunday, December 19, 2010

Bukit Bintang dan DS Najib

Kuala Lumpur, 18 Disember 2010

Syabas kepada DS Najib kerana bersama-sama rakyat untuk menyaksikan perlawanan bolasepak Malaysia menentang Vietnam secara langsung melalui skrin besar ditayangkan di Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Malaysia telah berjaya menambat Vietnam 0-0 dan melayakkan ke perlawanan final bertemu Indonesia. Tahniah Malaysia !

Turut kelihatan hadir bersama-sama DS Najib, YB Sen. Datin Paduka Datuk Nor Hayati Bt Tan Sri Dato' Sri Onn, Ketua Wanita Bahagian Klang.
Walaupun pada siang nya  YB Sen Nor Hayati sibuk bersama BLKDP untuk bersama-sama menjalankan Ops Jejak Pegundi di Taman Telok Gedung Indah, beliau hadir untuk menyokong pasukan Malaysia bersama-sama DS Najib di Bukit Bintang.

pemudatg kata: Bekerja keras siang dan malam.

Yang ini bikin hati Paaaanas....

Kebetulan pulak ada la banner haprak keparat ni kat depan jalan masuk ke lokasi Jejak Pengundi. Apa lagi panas hati bila tengokkan nya. Nak je terajang, tapi nasib baik dinasihat kan oleh seseorang untuk biar kan je banner tu.

Pasalnya, biar semua orang lihat lakonan oleh Mat Gagap tu...apa lagi dia nak buat kat Selangor. Apa lagi dia nak bangkang? Kerja utama haprak keparat ni hanya bangkang je. Padahal dah tadbir negeri, buat je la keja ko. Ni sibuk kan benda lain...

Ni di banner si haprak keparat...

pemudatg kata: Dah la gagap, haprak keparat pulak tu...

Lagi Panas...Di Taman Telok Gedung, Pelabuhan Klang

Pelabuhan Klang, 18 Disember 2010 - Biro Latihan dan Keahlian UMBK telah meneruskan Ops Jejak Pengundi di Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang.

Walaupun cuaca sekejap panas, sekejap hujan, ini tidak mematahkan semangat juang urusetia BLDKP untuk menjalankan Ops ini.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat kerana telah berjaya menarik seramai tidak kurang dari 100 orang pengundi baru dalam tempoh 3 jam ops.

Teruskan berjuang.

pemudatg kata: BLKDP akan berehat sebentar dan memulakan Ops yang lebih agresif selepas tahun baru.

Petugas dan penduduk-penduduk yang hadir

Para hadirin dan penganalisa politik


Meneliti butir-butir maklumat yang telah diterima


Selangor Bangkit....

Saturday, December 18, 2010

Jadikan remaja rakan kongsi kerajaan

KUALA TERENGGANU 18 Dis. - Usaha menangani masalah remaja perlu digerakkan dengan kegiatan yang menjadikan kerajaan sebagai rakan kongsi mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia perlu disesuaikan dengan cita rasa remaja masa kini yang sekaligus dapat menarik penglibatan mereka untuk bersama melakukan perubahan.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Remaja Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak di sini petang ini. Turut hadir barisan kepimpinan negeri.
Himpunan terbesar golongan itu dalam program yang menarik penglibatan kira-kira 30,000 remaja dari seluruh negeri ini diadakan sempena pelancaran Kelab Motor Terengganu.

Beliau kemudiannya akan menyertai program Jelajah One Malaysia (JOM) dengan melawat rumah warga emas di Cabang Tiga di sini.
Beliau bersama-sama dengan anggota pergerakan Pemuda UMNO bersama semasa kerja baik pulih rumah.

Perdana Menteri kemudiannya akan berjalan kaki ke pasar malam yang terletak berhampir untuk bertermau dengan orang ramai. - Utusan

pemudatg kata: Terdapat ramai golongan muda ini ingin bersama-sama dengan pemimpin politik, mereka harus faham dan menyesuaikan dengan kehendak dan citarasa golongan muda agar boleh kebersamaan dengan mereka. Sekiranya golongan muda ini tidak dipedulikan, akan ada pihak yang lain yang akan mengambil kesempatan keatas mereka.
Sifat ingin mengetahui dan mencuba sesuatu yang baru oleh golongan muda ini wajar di jinakkan dengan mengadakan program2 yang disukai oleh mereka ini. Yang muda disayangi, Yang tua dihormati.

Tahiah Malaysia layak ke Akhir Piala Suzuki AFF

Vietnam, 18 Dec 2010

Pasukan Malaysia layak ke akhir Piala Suzuki AFF setelah seri dgn Vietnam 0-0.

Sememangnya pasuka Malaysia layak dengan corak perlawanan yang ditunjukkan. Tidak berputus asa dan terus mengekang serangan bertali arus oleh penyerang Vietnam.

Jangan gentar.

Ucap takziah kepada keluarga ADUN Tenang

KUALA LUMPUR 17 Dis — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Datuk Sulaiman Taha yang meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri di sini hari ini.


Muhyiddin berkata, pemergian Sulaiman ke Rahmatullah akan dirasai bukan sahaja oleh anggota keluarga Allahyarham tetapi juga para penduduk di sekitar Labis, Johor kerana Allahyarham telah lama berkhidmat sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Tenang.

"Allahyarham Sulaiman adalah seorang pemimpin yang banyak menabur bakti kepada masyarakat dan negeri, sekali gus membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri Johor,” kata Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sulaiman, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Labis, meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur pada 1.10 pagi akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis. — Bernama

pemudatg kata: Salam Takziah buat seluruh anggota keluarga Allahyarham dan semoga roh nya dicucuri rahmat oleh ALLAH SWBHT dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin..

Thursday, December 16, 2010

Dua penyokong PKR ditahan cetus kekecohan depan Parlimen

                                                               Sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR 16 Dis. — Seramai 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan kekecohan di hadapan bangunan Parlimen di sini hari ini dan cuba mengadakan perarakan tanpa permit menyebabkan dua daripada mereka ditahan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, polis telah memberi amaran kepada kumpulan itu supaya bersurai kerana mereka berarak tanpa permit tetapi mereka enggan menyebabkan daripada mereka ditahan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata perhimpunan bermula tengah hari apabila kumpulan itu cuba mengadakan perarakan untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebagai bantahan terhadap penggantungan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga anggota Parlimen pembangkang yang lain daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Polis kemudian memberi amaran kepada kumpulan itu supaya bersurai dan hanya membenarkan dua atau tiga orang sahaja untuk ke Suhakam tanpa mengganggu lalu lintas.
Memorandum itu kemudian dihantar oleh Anggota Parlimen Balik Pulau daripada PKR, Yusmadi Yussof,

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin serta Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin ke pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut di sini pada 2.30 petang.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan dewan selama enam bulan kerana mengelirukan dewan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd, manakala tiga lagi anggota Parlimen pembangkang juga digantung enam bulan kerana menghina dewan. — Bernama

pemudatg kata: Peluang telah diberikan kepada Anwar, tetapi masih berdegil dan sewajarnya tindakan diambil sebagai peringatan kepada Ahli Parlimen yang lain.
Cegu cakap; Orang dah bagi peluang, tak nak ambik, bila dah tersepit nk salah kan orang lain. Tak pernah nya nak mengaku salah sendiri?

Wednesday, December 15, 2010

Utusan Online ketujuh paling popular dilayari

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Utusan Online tersenarai sebagai laman web tempatan ketujuh daripada 30 laman web paling popular dilayari oleh pengguna Internet di negara ini, bagi bulan November lalu.
Agensi penyelidik, Effective Measure dan Persatuan Digital Malaysia (MDA) yang mengeluarkan laporan ranking itu dalam kenyataan hari ini memberitahu, kesemua laman web yang tersenarai berkenaan dilayari oleh lebih 17 juta pelayar Internet seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan kedudukan keseluruhan 30 laman web tempatan dan antarabangsa paling popular, Utusan Online menduduki tangga ke-14 paling dilayari.
“Laman sosial, Facebook muncul sebagai laman web antarabangsa paling popular dilayari di negara ini, manakala tempat pertama dalam ranking laman web tempatan adalah Mudah.my," kata kenyataan itu.
Sementara itu, kenyataan itu berkata, laman web hiburan yang bercirikan muzik, gosip dan artikel mengenai berita hiburan banyak menarik minat golongan muda, terutamanya wanita.

Antara laman web tersebut adalah hitz.fm, Cari Entertaiment, Manggaonline, Murai.com.my dan MSN Entertaiment.
Peratusan pelayar Internet wanita yang melayari laman tersebut ialah antara 55 hingga 75 peratus iaitu lebih daripada purata rakyat Malaysia. - Utusan

pemudatg kata: Syabas Utusan ! Teruskan berjuang..
Pembaca setia sejak dari kecil..

Selangor akan tarik lesen Syabas

SHAH ALAM 15 Nov. - Kerajaan Selangor akan menarik balik lesen pembekalan air yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) ekoran keengganan syarikat itu menghentikan program Tabung Budi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya kini menunggu masa yang sesuai untuk mengambil tindakan tersebut melalui proses mahkamah. - Utusan

pemudatg kata: Rakyat Selangor disarankan membeli seberapa banyak tangki-tangki air. Sekiranya....saya ulang, Sekiranya lesen Syabas di tarik, nampak gaya nya memang tak berair la kat paip-paip air kat umah. Siapa pulak yang nak supply air? Buat baik pun di kata salah, dah memang dasar pakatan harom, semua benda pun kata tak elok. Haramjadah betul la mat gagap tu.

Kalau tak da air, perit tuh....... Kalau kat Sg Besar, blh la mandi kat kali air....tapi kalau kat Klang? Mandi kat Sg Klang? Ada bran? Silap-silap ke ngap....dgn buayo.

Monday, December 13, 2010

Hadiah Keranda di Konvensyen DAP P.Pinang

PERWAKILAN yang menghadiri Konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini (Ahad) terkejut apabila bekas Ketua Bahagian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, membawa sebuah keranda kecil untuk Timbalan Setiausaha DAP, Chong Eng.

Teh, yang lebih mesra dengan panggilan Sakura Teh, tiba di pintu masuk tempat persidangan di Dome, Komtar, pada kira-kira 1.30 tengah hari tetapi dihalang oleh pegawai keselamatan yang bertugas di situ.

Bagaimanapun, Teh kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau kecewa dengan Chong, yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, kerana menuduhnya sebagai dalang di sebalik usaha menjatuhkan kepimpinan parti.

"Saya telah keluar dari parti awal tahun ini dan kenapa dia (Chong) masih mengaitkan saya dengan parti dan sebagai dalang untuk menjatuhkan kepimpinan parti,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak lagi menjadi ahli parti selepas menjadi muflis.

"Saya kini sebagai pekerja biasa di pasar. Sebalik membantu saya, pemimpin DAP masih menuduh saya sebagai orang yang mahu menghancurkan parti.” Katanya.

Di atas kerandan kecil itu, Teh menulis perkataan: "Hope that everything that you've done will success" (Harap apa yang anda lakukan akan berjaya).

Selepas gagal menyerahkan keranda kecil itu, katanya, beliau akan cuba menghantarnya ke rumah Chong pada malam ini.

"Saya akan pastikan bahawa keranda kecil ini berada di hadapan rumah Chong esok,” katanya.
 
pemudatg kata: Betul-betul punya keranda di bawak nya....

Dr. M yakin Lee Kuan Yew tahu kegiatan Anwar


PUTRAJAYA 13 Dis. — BekasPerdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew turut tahu tentang kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa agensi perisikan Singapura mengesahkan kegiatan Ketua Pembangkang itu berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu.
"Ya memang...saya pun fikir dia (Lee) tahu tapi parti politik saja buat tidak tahu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Globalizing Malaysians in 2020 di Universiti Tenaga Nasional di sini hari ini.

Menurut laporan akhbar, pendedahan itu dibuat oleh sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008. - Bernama

pemudatg kata: Satu Malaysia semua dah tau, tapi pengikut2 dia je yang masih menafikan kegiatan anwar nih...mana silap nya akal pikiran mereka ini?

Ramli pangku tugas Khir

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Ramli Norani diumum sebagai pemangku jawatan Ketua UMNO bahagian itu berikutan penyandangnya, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kini berhadapan dengan kes tuduhan rasuah di mahkamah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia berkuat kuasa serta merta sehari selepas Mohamad Khir dihadapkan ke mahkamah, 6 Disember lalu.

Menurut beliau, surat pelantikan memangku tugas sudah pun diserahkan kepada Ramli dan salinan surat turut diberikan kepada Badan Perhubungan UMNO Selangor.
‘‘Ibu Pejabat UMNO sudah hantar surat. Kesimpulannya mudah, kita sudah ada keputusan yang mana apabila ada yang dituduh di mahkamah, secara automatiknya akan hilang atau digantung tugas.

‘‘Dalam kes membabitkan Mohamad Khir, timbalannya akan pangku tugas beliau,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Titian Kasih Ketiga anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Subang di Sungai Buloh, dekat sini, hari ini.

pemudatg kata: Bila pulak Anwar nak undur diri sebgai penasihat PKR? Selamba je muka poyo dia !

Sunday, December 12, 2010

Klang, 10 Dis 2010

Alhamdullilah telah berlangsungnya,  Majlis Perasmian masjid Kg Nelayan di Telok Gong Klang oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah sedang menurunkan tanda tangan pada plak sebagai tanda perasmian.


Pemudatg kata: Allhamdulillah.....Daulat Tuanku.

Selepas kebakaran hutan Israel dilanda ribut pula

BAITULMAQDIS 12 Dis. – Setelah kebakaran besar hutan di bandar pelabuhan Haifa yang mengorbankan 43 orang, Israel kini dilanda ribut selaju 100 km sejam di bandar persisiran pantai Netanya.
Ribut kencang disertai hujan lebat itu telah menumbangkan pokok-pokok menyebabkan seluruh negara rejim itu terputus bekalan elektrik.


Radio awam melaporkan, ribut turut menyebabkan seorang pelancong Rusia hilang manakala pihak berkuasa taman negara terpaksa menutup hutan simpan di selatan padang pasir Negev kerana kemungkinan berlaku banjir.
Pihak polis masih gagal mengesan lelaki yang hilang kerana cuaca buruk dan ribut kencang di persisiran pantai itu, lapor radio rejim zionis. - AFP

Saturday, December 11, 2010

Panas ! Panas ! Di Kg Org Asli Pulau Indah

Pulau Indah, 11 Disember 2010
Gambar-gambar terkini Siri 5 Jelajah Jejak Pengundi di Kg Org Asli Pulau Indah, Klang.

Daftar Dahulu

Para hadirin (Full house)

Tetamu Jemputan bersama Tok Batin

Tak menang tangan daftar....Jom Daftar Pengundi Baru !


pemudatg: Mantop....Sekalung tahniah kepada BLDKP. Walaupun public holiday...tetap berjuang. Cargas..

Lagi Pelajar Berdemonstrasi !

LONDON (AFP) - – British police began a wide-reaching probe Saturday into a recent wave of student protests, after the latest culminated in a mob attack on a car carrying Prince Charles and his wife Camilla.
Prime Minister David Cameron said he was "very concerned" by the royal security lapse, which occurred Thursday during the most violent of a string of protests against his coalition government's plans to raise university fees.

Charles, the heir to the throne, and his wife looked shocked as rampaging demonstrators broke a window of their Rolls Royce and spattered the car with paint.
They intercepted the car as the couple travelled to a theatre in London's West End.
At the same time, across the city in Westminster, thousands of angry youths clashed with riot police and tried to storm the finance ministry after the government narrowly won a parliamentary vote on raising university fees.

Clarence House, the royal couple's official residence, would not comment on newspaper reports that Camilla had been hit in the ribs by a stick shoved through one of the car windows which was accidentally opened in the melee.
"But what we are saying is that both their royal highnesses were unharmed and neither received any medical attention," a spokesman told AFP Friday.

pemudatg said: Watch out prince, resident evil protest.

Program rasionalisasi subsidi Kerajaan BN dapat pujian

KEPALA BATAS 11 Dis. -
Program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan kerajaan turut mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak yang melawat Malaysia selama dua hari mulai Khamis lalu.

"Ia (rasionalisasi subsidi) bukan sesuatu perkara yang senang untuk dilaksanakan. Kerajaan harus memastikan negara kuat dan tindakan tersebut telah mendapat pujian daripada Presiden Korea Selatan dalam lawatan beliau ke Malaysia baru-baru ini.


"Myung-bak berpendapat bahawa apa yang kerajaan Malaysia buat adalah satu perkara yang bijak. Kita tahu menjaga subsidi, pada masa yang sama kita juga menjaga kedudukan kewangan, tidak boros serta berbelanja dengan berhemat," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan telah meneliti kepentingan rakyat dan membuat kajian rapi untuk jangka masa yang panjang sebelum bertindak untuk merasionalisasi subsidi. - Bernama

pemudatg kata: Antara bukti keprihatinan Kerajaan BN terhadap rakyat Malaysia. Bukan main-main weh...

Jejak Pegundi Siri 5


Assalammualaikum

Jejak pengundi Parlimen Klang bersama UMNO Bhg Klang d teruskan utk siri k 5.

Tarikh: 11 Dis 2010 (Sabtu)
Jam: 2.00 ptg
Tempat: Kg Orang Asli Pulau Indah

BLKDP UBK akan bermesra dgn Orang Asli sambil daftarkan mereka sbg pengundi d Kg Orang Asli Pulau Indah.
BLKDP juga akan menjelajahi Tmn Laguna Park utk misi yg sama.

JOM bersama menuju kejayaan PRU 13...

pemudatg kata: Mari..mari..mari..Ramai-ramai kita tambah pengundi BN. Rampas kembali Selangor..dari mat gagap..

Friday, December 10, 2010

Apa sudah jadi? Pelajar mula berdemo?


Putrajaya, 10 Disember 2010 
Apa sudah jadi? Pelajar mula berdemo? Suatu perkembangan yang mula bercambah setelah bibit-bibit reformasi dimulai.

Bagaimanakah penerimaan masyarakat mengenai amalan berdemonstrasi dikala ini? Biasa? Luar biasa? Atau biar-ajalah?
Kenaikan harga barang saban waktu berlaku seiring dengan peredaran waktu dan kemajuan ekonomi sesebuah negara. Sebagai contoh, apakah nilai RM1 pada masa ini berbanding 30 tahun yang lalu?
Pastinya jauh berbeza dan manusia dapat mengadaptasinya seiring dengan kadar gaji yang juga turut berubah mengikut pasaran semasa.

Isu disini adalah, kenapa demo ini dilakukan pada saat yang mungkin hampir tibanya pilihanraya? Adakah motif demo ini dilakukan kerana memperjuangkan nasib rakyat jelata atau sekadar retorik politik semata-mata?

Timbul persoalan kepada kita semua, niat keikhlasan mereka yang berdemonstrasi?

Kenapa masjid digunakan sebagai tempat untuk berdemonstrasi? Sudah acapkali masjid menjadi lokasi berkumpul dan berhimpun untuk melakukan demo. Lebih mulia dan berkat sekiranya diadakan solat hajat didalam masjid dari mengadakan demo menjerit-jerit dan menimbulkan ketakutan kepada pengunjung-pengunjung masjid yang tidak ada kena mengena.

pemudatg kata: Belajar pandai2, lepas tu boleh jadi pakar ekonomi ke? Pakar pertanian ke? Boleh kasi turun harga barang2. Tapi jgn mintak gaji juta2 plak.

Thursday, December 9, 2010

Antara Pilihan Meletak Calon Pilihan Rakyat dan Masalah Nasional

Antara Pilihan Meletak Calon Pilihan Rakyat dan Masalah Nasional


Sepertimana yang telah nyatakan oleh Pengerusi Barisan Nasional di dalam Konvensyen Barisan Nasioanl yang lalu, calon untuk kerusi pilihan raya adalah di kalangan calon Pilihan Rakyat.
Calon pilihan rakyat yang bagaimanakah bakal memenuhi kriteria tersebut?

Dari sudut apakah mereka ini terpilih? Adakah dari golongan yang mesra rakyat dan sering bersama turun  padang menemui dan mendengar masalah dan rintihan rakyat?

Sejauh manakah  kekuatan calon ini dan dapat mengambil hati rakyat? Akan tetapi jangan dilupa terdapat isu yang lebih besar dan boleh menggugat kredibiliti calon ini dan memberikan markah terburuk walaupun calon ini amat mesra rakyat.

Halangan tersebut adalah bersifat Isu Nasional iaitu kenaikan harga berbagai jenis barangan dan keperluan. Amat memburukkan keadaan ini, disaat hampir pilihan raya, timbul berbagai jenis ceritera kenaikan tarif itu dan ini.

Matlamat pada awalnya yang ditubuhkan berbagai jenis agensi bagi mencari mekanisme untuk membantu rakyat menjadi gajah putih dan tidak berfungsi serta lumpuh.
Siapakah yang membuat keputusan bagi perkara-perkara diatas? Adakah calon pilihan rakyat yang mesra rakyat?

Sekiranya calon pilihan rakyat, sudah pastinya beliau akan memahami masalah rakyat !

pemudatg kata: Renung-renungkan....Selamat mencari calon pilihan rakyat.

Kena Gantung Ko....nah ambik ! Ada nampak itu pintu besar...



KUALA LUMPUR 9 Dis. – Dua anggota Parlimen DAP Jeff Ooi Chuan Aun dan Fong Po Kuan digantung daripada menyertai persidangan Dewan Rakyat sehingga pukul 2.30 petang kerana gagal mengawal emosi masing-masing semasa sesi soal-jawab.


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan itu selepas kedua-dua anggota Parlimen tersebut mempersoalkan tindakannya yang tidak membenarkan Ooi (DAP-Jelutong) meneruskan soalan tambahan berhubung kontrak yang diberikan kepada Bumiputera dalam projek menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Pinang.


Pandikar Amin yang sejak awal pagi menegur anggota Dewan agar mengemukakan soalan tambahan yang jelas dan padat berkata, soalan Ooi tidak mempunyai kaitan dengan soalan asal mengenai projek tersebut.

"Duduk. Yang Berhormat tak dengar apa saya kata. (Tindakan) salah. (Soalan tambahan) tak kena mengena dengan soalan asal. Duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menggunakan kuasa saya untuk merehatkan (wakil) Jelutong. Balik semula pada 2.30 petang," katanya.

Po Kuan (DAP-Batu Gajah) kemudiannya bangun mempertikaikan keputusan Pandikar Amin itu malah meminta Speaker juga keluar berehat seketika menyebabkan turut mengarahkan beliau keluar Dewan sehingga pukul 2.30 petang. - Bernama

pemudatg kata: Memang tak syak lagi...besar itu pintu. Rasakan..

Jangan biar program kerajaan “diculik” pembangkang

SHAH ALAM 9 Dis. — Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) di Selangor melibatkan diri secara langsung dalam setiap inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan supaya program itu tidak ”diculik” oleh pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun Selangor diperintah oleh pakatan pembangkang, kerajaan Pusat tetap menyalurkan peruntukan melalui jabatan dan agensinya yang beroperasi di negeri itu demi kepentingan rakyat.
"Rakyat tidak rasa program ini program kita tetapi seperti program rasmi. Oleh kerana kita tidak ada ownership menyebabkan ia seolah-olah bukan dijalankan oleh kerajaan BN.
"Ada ketika program yang dijalankan oleh kerajaan pusat ”diculik” oleh kerajaan pakatan pembangkang walaupun peruntukan mereka tidak sebesar peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat. Ia kelihatan seolah-olah seperti peruntukan yang banyak disalurkan oleh mereka,” katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan jentera BN Selangor di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, pemimpin BN di Selangor juga perlu mendekati rakyat dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dengan ikhlas.
Beliau berkata, kempen di peringkat akar umbi perlu dijalankan secara berterusan bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada BN di negeri itu.
"Tarikh bila pilihan raya umum akan diadakan tidak penting kerana apa yang penting adalah semua anggota dan pemimpin BN sentiasa berjaga-jaga dan sudah bersedia apabila pilihan raya umum diadakan,” katanya.
Muhyiddin berkata, bahawa bermula tahun depan, beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mula turun padang bagi mengatur program yang akan menyentuh semua peringkat masyarakat. - Bernama

pemudatg kata: Petanda bahawa PRU13 akan hadir sedikit masa lagi......Bangun semua Jentera-Jentera BN. Bersiap siaga.

Piala AFF: Vietnam jumpa Malaysia, Filipina bertemu Indonesia

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Skuad kebangsaan Vietnam mengungguli kumpulan B Kejohanan Piala Suzuki AFF setelah berjaya menewaskan Singapura 1-0 dan pada perlawanan akhir peringkat kumpulan semalam sementara Filipina dan Myanmar sekadar memperoleh keputusan seri tanpa jaringan.

Bermakna pada perlawanan separuh akhir selepas ini Juara kumpulan B Vietnam akan bertemu naib juara kumpulan A iaitu Malaysia manakala Indonesia bakal menentang Filipina pada peringkat sama minggu hadapan.

Pada perlawanan separuh akhir Malaysia akan menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 15 Disember ini manakala Indonesia akan berkunjung ke Filipina untuk menentang pasukan tuan rumah. - Utusan

pemudatg kata: Patah sayap, bertongkatkan paruh...Berjuang tetap Berjuang Malaysia ! Yang best nye apa tau......Singapore dah kantoi...hu hu hu. 
Apa kata kawan2...Hip2 Horey 3kali.
Ingat ha...jgn lebih 3 kali...hip2 horey nya..Itu pesan.. P.Ramlee yang punya. Apa senyum2? Baca dalam hati je.