Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Tuesday, March 29, 2011

NGO tolak cadangan panggil pakar asing siasat video seks



KUALA LUMPUR 28 Mac - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolak cadangan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang mahu pakar asing menyiasat kesahihan rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana negara turut memiliki pakar untuk menyiasat kes sedemikian.
"Bagi saya Mohamad Sabu lebih 'mendewakan' pakar asing daripada pakar tempatan.

"Dia cuba lari daripada isu sebenar. Jika benar dia mahu menegakkan keadilan, kenapa dia tidak desak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja seperti dalam kes kematian Teoh Beng Hock," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar pula meminta supaya jangan sesekali 'mengheret' orang luar masuk ke kancah politik negara.

"Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan daripada kerajaan, begitu banyak hal dalam negara melibatkan pihak antarabangsa sehinggakan mencemar perspektif orang luar mengenai keharmonian di negara ini.

"Pihak pembangkang menimbulkan cadangan itu kerana mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang suka main politik yang 'gila-gila', 'kotor' dan sentiasa didorong oleh nafsu untuk mendapatkan kuasa," ujarnya.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula berkata, cadangan itu hanya untuk kepentingan politik pembangkang sahaja.
"Kalau mereka di pihak yang benar, maka benarlah, tetapi kalau sebaliknya, saya rasa ini hanya untuk memutar-belitkan kenyataan," katanya.

Peluang berdialog dengan TPM


KUALA LUMPUR 28 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meluangkan masa seharian bertemu penduduk di beberapa kawasan di Selangor esok.

Setiausaha Bahagian Media Badan Perhubungan UMNO Selangor, Abdul Rahim Lajis berkata, lawatan itu bermula dengan program sarapan 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sijangkang.

Menurutnya, selepas itu, Muhyiddin dijadualkan berdialog dengan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh Selangor di Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Rahimah, Kuala Langat sebelum menghadiri majlis perasmian bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Jenjarum.

Pada sebelah petangnya pula, kata beliau, Muhyiddin akan berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang untuk mesyuarat dengan penduduk.

Thursday, March 24, 2011

Senarai calon akan dikemukakan kepada PM bulan depan



Dengar kata akan ada sekurang-kurangnya 1/3 adalah muka-muka baru yang akan ditampilkan bagi PRU Sarawak. Ini bagi mendapat " a fresh new blood" bagi mendapatkan generasi pelapis untuk meneruskan perjuangan BN.

Molek benarlah sekiranya pertimbangan ini diambil. Ini juga menggalakkan pemikiran-pemikiran baru dan kreatif bagi membangunkan negara. Ini tidaklah bermaksud yang lama dilupakan, tetapi yang lama tetap akan dijadikan tempat untuk mendapatkan nasihat dan pandangan oleh generasi muda.

Apa yang penting...? Kerjasama.....


KUCHING 24 Mac - Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disahkan awal bulan depan.

Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, senarai calon sedang dalam proses untuk dimuktamadkan.
"Saya mempunyai temu janji dengan Perdana Menteri (Pengerusi BN) pada awal bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan Bangunan Keenam 2011 (BTS 2011), di sini, hari ini.

Ditanya mengenai peluang BN dalam menghadapi pakatan pembangkang yang dikatakan lebih bersedia, Taib, yang juga Ketua Menteri dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata: “Saya serahkan kepada Allah tetapi akan bersyukur sekiranya BN boleh memperoleh majoriti lebih dua pertiga. - Bernama

Wednesday, March 23, 2011

Dah habis modal ke...? Seks....lagi.



Memang buang masa pun, semua nya hari-hari cerita nuar. Tak de ke cite lain yang elok-elok....tak habis-habis cerita seks seolah-olah sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia dengan sensasi cerita seks luar tabiee & seks bebas.

Seperti tiada kesudahannya. Dipaparkan dimuka hadapan akhbar-akhbar utama Malaysia dari berbahasa Malaysia, English, Mandarin, Tamil dan sebagainya.
Segan rasanya nak bawa balik akhbar balik kerumah kerana anak yang masih kecil membaca akhbar tersebut dan bertanya kepada ibubapa mengenai tajuk hadapan tersebut.

Jawapan apa yang hendak diberikan...?

KOTA BHARU 22 Mac - Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim hairan dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlalu cepat menyifatkan video aksi seks yang dikaitkan dengan dirinya sebagai satu konspirasi untuk mengaibkan beliau dan keluarga.

Menurutnya, Anwar dan pemimpin pembangkang lain wajar melihat terlebih dahulu rakaman video tersebut sebelum membuat penafian kerana terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab.
"Saya tidak boleh komen banyak sebab tidak tengok lagi video itu, tetapi saya hairan pemimpin PKR yang lain terus kata ia satu rekaan, hairan macam mana mereka tahu sedangkan mereka sendiri tidak tengok lagi.

"Pada sidang akhbar semalam, Anwar kata orang dalam video itu gemuk, mana Anwar tahu, dia pun belum lihat lagi. Terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab, tetapi saya percaya tidak lama lagi semuanya akan jelas," katanya.
Beliau berkata demikian selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuatnya Jumaat lalu terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini hari ini.
Zaid mendakwa diugut Karpal berhubung kenyataannya menasihati Anwar supaya menyerahkan sampel DNA tanpa perlu menunggu perintah mahkamah dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapinya.

Semalam, Anwar menafikan penglibatannya dalam video aksi seks dengan seorang pelacur dipercayai dari China dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.
Dalam perkembangan sama, Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan berkata, rakyat telah membuang terlalu banyak masa untuk membincangkan masalah peribadi yang dihadapi oleh Anwar.

Beliau berkata, masa tersebut sewajarnya digunakan sebaik mungkin untuk membincangkan mengenai dasar dan pembangunan negara.
"Parti-parti politik tidak kira Barisan Nasional (BN) atau pembangkang sepatutnya dipimpin oleh pemimpin yang ada integriti.

"Sudah terlalu banyak tuduhan terhadap Anwar dan banyak masa negara dihabiskan untuk membincangkan masalah yang berkisar tentang peribadi Anwar, ini semua buang masa," katanya.

Friday, March 18, 2011

Saman Ekor Dihapuskan.......?

Tertulis di Banner " PR Menang, Saman Ekor dihapuskan"

Geli hati aku tiba-tiba je nampak banner ni. Ingat apa la katanya, rupe-rupenya satu lagi janji palsu yang hendak dikelentong rakyat.

Lokasi Kejadian: Persimpangan Lampu Merah Padang Jawa, Bersebelahan JPJ 

Inilah akibatnya mempolitikkan undang-undang. Ingat semua benda boleh dipolitikkan ke....? 

Apa nak di takutkan kalau tak buat salah, saman pun memang tak dapat. Patuhilah tahap kelajuan yang dibenarkan. Ini pun untuk keselamatan semua penguna jalan raya termasuk yang memandu tu sendiri.

Kebiasaannya apabila berlaku sesuatu kemalangan, mesti semua hentam kerajaan, padahal sapa yang bawak kenderaan tu? 

Renung-renungkan....Selamat Memandu.

Friday, March 11, 2011

Kapal selam tidak boleh selam adalah tidak benar



KOTA KINABALU 10 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini mencemar duli menaiki kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman (TAR) di perairan Laut China Selatan.
Seri Paduka yang diiringi Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menghabiskan masa kira-kira dua jam setengah melakukan pelayaran ulung bermula di Markas Angkatan Kapal Selam di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar.

Dalam pelayaran itu, Tuanku Mizan turut diiringi aset-aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti KD Lekiu, KD Kedah, Helikopter Super Lynx, helikopter S70 Black Hawk dan Helikopter Nuri.
Abdul Aziz berkata, dengan keberangkatan Seri Paduka, sekali gus membuktikan segala tohmahan negatif sesetengah pihak mengenai kapal selam negara selama ini adalah tidak benar.

Malah, katanya, ia jelas menunjukkan kesiagaan kapal selam negara sentiasa berada pada tahap yang tertinggi.
"Hari ini, TLDM telah mencatat sejarah dengan melakukan penyelaman bersama Yang di-Pertuan Agong termasuk melakukan selaman ke kedalaman yang maksimum bagi kapal selam jenis Scorpene.
"Jadi, segala tuduhan yang tidak berasas ke atas kapal selam negara yang mengatakan kapal selam tidak boleh menyelam adalah tidak benar dan satu pembohongan kepada rakyat Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, semasa pelayaran, Seri Paduka telah berkenan menyaksikan pelbagai demonstrasi seperti demonstrasi melawan kebakaran dan 'water shot'.
"Demonstrasi tersebut menunjukkan keupayaan kapal selam mengesan sasaran dan pada jarak yang jauh sebelum dikesan oleh musuh.

"Dalam demonstrasi yang telah ditunjukkan kepada Yang di-Pertuan Agong, jelas menggambarkan kapal selam KD TAR berkeupayaan mengesan sasaran dari jarak jauh dan telah melakukan simulasi penembakan seakan-akan menembak torpedo ke atas sasaran," katanya.

Tambahnya, Tuanku Mizan juga berpuas hati dengan keupayaan yang telah ditunjukkan oleh kapal selam negara dan anggota kapal selam.
Sebelum ini, katanya, KD TAR juga telah berjaya melancarkan misil dari bawah permukaan ke permukaan air di perairan Laut China Selatan pada 26 Julai tahun lalu.

"Misil tersebut telah mengenai sasaran berukuran 40 meter panjang di permukaan laut pada jarak 40 kilometer selepas dilancarkan dari kedalaman 550 meter yang mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal di permukaan," ujarnya.

Wednesday, March 9, 2011

PR Cakap Tak Serupa Bikin


Gagal dan tidak berjaya mentadbir negeri dengan perubahan yang mahu dibawa oleh PR. Dan pastinya menyalahkan orang lain dalam mencari kambing hitamnya. Inilah 'true colours" oleh Pukatan  Rakyat. Gagal dan gagal lagi.... Yeeeehah kata si gagap.


SHAH ALAM 7 Mac – Rata-rata rakyat negeri ini berpendapat Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang menyambut ulang tahun ketiga pentadbirannya esok, gagal melakukan perubahan yang dijanjikan sejajar dengan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Mereka menyifatkan kerajaan negeri hanya lebih banyak menghabiskan masa dengan berpolitik daripada melaksanakan pembangunan fizikal dan modal insan bagi manfaat seluruh rakyat.
Seorang peniaga, Mohd. Redza Mohd. Karimun, 30, berkata, golongan belia di negeri termaju di negara ini seolah-olah terbiar tanpa program pembangunan yang berkesan.

“Semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), belia di negeri ini begitu `meriah' dengan pelbagai aktiviti pembangunan modal insan termasuk kegiatan sukan dan rekreasi.
“Kita juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sering menjadikan BN sebagai kambing hitam dalam segala segi pentadbiran tanpa menyedari mereka sekarang sedang menerajui kerajaan dan bukan parti pembangkang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nur Zaiful Alfidz Md. Noordin, 30, turut kesal apabila sehingga kini masih banyak janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu belum dikotakan termasuk menyediakan peluang kepada golongan muda memiliki rumah mampu milik.

“Saya masih menanti kerajaan negeri mengeluarkan tawaran untuk orang muda membeli rumah mampu milik di negeri ini namun masih tiada sedangkan projek-projek perumahan kelas sederhana dan mewah begitu mudah mendapat perhatian mereka,'' katanya.

Selain itu, Nur Zaiful Alfidz turut hairan kerana sejak pentadbiran kerajaan negeri diterajui pihak pembangkang, hotel-hotel bajet bertambah bagaikan cendawan tumbuh.

“Apa yang membimbangkan kita, hotel-hotel bajet tersebut menyediakan kadar harga penginapan mengikut jam. Ini sudah pasti mengundang pelbagai gejala negatif dalam kalangan remaja,” katanya.

Tuesday, March 8, 2011

Pas Harus Kerjasama Berlebihan Dengan DAP ?

Ha ha ha.....kerjasama lagilah....Mesti best punya. pasal Pas mesti kalah punya. Masa kempen...geng2 Pas je yang ada , yang lain dok umah goyang kaki...kata pakatan.? Tapi tang kerja....Pas je la yang sorang-sorang gi syok sendiri... ha ha ha...



KUALA LUMPUR 7 Mac - Pas digesa mengkaji semula 'hubungan istimewanya' bersama DAP berikutan sokongan orang Melayu terhadap parti itu semakin merosot.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) berkata, ia diterjemahkan menerusi beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini yang jelas menampakkan undi orang Melayu tidak memihak kepada Pas.

Menurut beliau, kekuatan Pas terletak kepada label perjuangan Islam tetapi ia sudah lari gara-gara bersekongkol dengan DAP.
''Pas kena kaji balik posisinya dalam pembangkang. Perjuangannya terhadap Islam sudah lari. Sebab itu kita tengok peratus pengundian Melayu terhadap Pas sudah jatuh.

''Pada saya, ini tidak berapa bagus. Pas perlu jadi alternatif kepada perjuangan orang Melayu dan Islam. Tetapi, pengamatan daripada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Merlimau, Tenang dan Galas, nampaknya orang Melayu sudah lari dari Pas.

''Semuanya kerana DAP (kerjasama). Ia cukup merugikan Pas dan menguntungkan DAP. Lebih baiklah Pas kaji balik perkara ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Majlis Parlimen Ke-12 2011 di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.

Di Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38.
Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Pas seharusnya menjadi sebuah parti yang bergerak secara sendiri kerana perjuangannya berbeza jika hendak dibandingkan dengan DAP dan PKR.

''Malah, Pas sepatutnya berdiri di atas kakinya sendiri. Senario politik dunia sekarang ini, orang nak kepimpinan begitu. Tetapi kalau pilihan dia (Pas) begitu, nampaknya ia memakan diri. Ia cukup merugikan," katanya.