Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Wednesday, January 5, 2011

Rakyat Didahulukan? Kena lihat ni?


Kebakaran telah memusnahkan beberapa rumah dan kedai milik penduduk di Kg Telok Gong pada 02 Jan 2011 yang lalu. Apakah yang terjadi kepada nasib pemilik bangunan tersebut?

Siapakah yang akan membela nasib mereka? Pakatan Haprak? Hem...lupakan lah...


Terima kasih kepada mereka yang prihatin khususnya UMNO Bhgn Klang yang sama-sama mendengar rintihan dan keluhan penduduk. Ucapan terima kasih juga buat JKM Klang dan Jabatan Bomba & Penyelamat Pelabuhan Klang



pemudatg kata: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.....1Malaysia.

Tuesday, January 4, 2011

Minyak Naik Lagi? Ron97...? Minyak Masak tak ada kat kedai? Aduh...

Benar ke minyak Ron97 naik lagi? Katanya 10sen? Tengok je le berita jam 12 malam ni. Perkembangan yang tidak sihat ni. Alasan yang sama, harga pasaran minyak dunia meningkat....Siapa la punya angkara ni?


Dan satu lagi hal pulak ni, minyak masak susah nak dapat, khabarnya disorok oleh Orang Minyak? Kalau nak tau rupe org minyak, kena la tgok cite Jgn Pandang Belakang.

Padahal kat kilang tu, hari-hari la proses minyak masak, tapi bila sampai kat pengedar.....jeng-jeng-jeng... ha...ini yang pelik ni. Luar biasa.... Ada kena mengena dgn harga pasaran dunia gak ke? Iya la kot....

Hish hish hish.......

‘UMNO Dahulukan Rakyat’ diperkasakan tahun ini

KUALA LUMPUR, 2 Jan. - Slogan “UMNO Dahulukan Rakyat” akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa UMNO sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Pelaksanaannya akan digiatkan melalui program Juara Rakyat yang akan dianjurkan sepanjang tahun dan disuntik dengan “gaya baru” dengan tema berbeza setiap bulan, katanya.
"Tema (program Juara Rakyat) untuk bulan Januari ialah pendidikan dan program ini akan bermula dengan gaya baru dengan mengadakan ceramah juara rakyat ketika aktiviti sedang berjalan.

"Ia tidak seperti biasa yang hanya melibatkan pameran dan lawatan sahaja seperti sebelum ini dan ini dilakukan bagi memberikan penerangan yang jelas kepada peringkat akar umbi,” katanya ketika dihubungi. - Bernama

pemudatg kata: Perlu diperhebatkan lagi gerakan-gerakan "gaya baru" ini dan tidak perlu dibuat secara besar-besaran. Jumlah kumpulan-kumpulan kecil oleh bahagian dan cawangan hendaklah digerakkan di kawasan masing-masing. Yang penting mesej dari pihak Barisan Nasional hendaklah sampai kepada para audience. Tidak guna dibuat secara besar-besaran tetapi mesej yang hendak disampaikan tidak sampai kepada target audience.

Monday, January 3, 2011

The Real 1Malaysia


Ternyata semangat 1Malaysia membara di Selangor walaupun kerajaan Pakatan Haprak telah mengharamkan pengunaanya di negeri Selangor.



Lihat sahaja pada konvoi 1Malaysia yang telah diadakan pada Ahad yang lalu. Rata-rata penduduk memberikan sokongan kepada konvoi 1Malaysia ini.

Satu jatuh, akan tetapi akan lenih ramai lagi 1Malaysia yang akan bangkit.......

Tahniah ! Well Done !

MCA Selangor mahu kumpul nama rakyat sokong 1Malaysia

KLANG, 2 Jan. - MCA Selangor akan membangunkan laman web khas 1Malaysia bagi memastikan rakyat negeri itu memahami dan menyokong gagasan tersebut yang logonya kini dilarang dipamerkan di negeri tersebut.


Pengerusinya, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, laman web itu juga bertujuan mengumpulkan nama penduduk Selangor yang menyokong gagasan 1Malaysia untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri.
"Kami menentang pengharaman itu dan mahu lebih ramai rakyat, khususnya penduduk di Selangor memahami konsep sebenar 1Malaysia dan melawat laman web ini sebagai tanda sokongan kepada logo tersebut yang bertujuan menggalakkan perpaduan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata laman web itu akan dibangunkan oleh Pemuda MCA Selangor dalam tempoh 48 jam. - Bernama

pemudatg kata: Semangat berpasukan inilah yang akan membawa kejayaan kepada Barisan Nasional di Selangor. Semoga beroleh kejayaan merampas kembali Selangor dari Geng Gagap.

Sunday, January 2, 2011

Konvoi 1Malaysia - Pelabuhan Klang


Tahniah kepada MCA Klang yang telah dengan jayanya mengadakan Konvoi 1Malaysia bersama parti komponen lain termasuk UMNO, MIC dan lain-lain.



Suasana bertambah hangat dengan kenderaan-kenderaan mula berkonvoi bermula dari Kompleks Sukan Pandamaran, Pelabuhan Klang.

Syabas.

Apa sudah jadi Bro Karam Singh?


Panas....aksi Karam Singh Walia di lokasi Restoran Bidayah Taman Seri Andalas....

nak tau lebih lanjut......

sila klik di sini..http://kerisputera.blogspot.com/2011/01/karam-singh-walia-lancaukan-melayu.html