Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Tuesday, February 1, 2011

Pas redha terima kekalahan & terima kasih BN


Akhirnya Paspispus redha dengan kekalahan dan berterima kasih kepada BN atas keprihatinan BN kerana telah memberikan banyak subsidi  kepada rakyat. Paspispus pun turut menikmati subsidi ini walaupun tidak menyokong BN. 

Sebut apa sahaja, dari elektrik, minyak masak, petrol, gas dan sebagainya. subsidi inilah yang mereka menikmati seluruh anak beranak malahan sekiranya jatuh sakit, mereka juga menggunakan perkhidmatan Klinik 1Malaysia dan Hospital-Hospital Kerajaan.

Sesungguhnya kerajaan BN amat prihatin tanpa mengira ideologi dan keturunan. 

Masjid yang dibina oleh Kerajaan BN juga diguna oleh mereka ini. 
Jadi persoalannya, apakah yang mereka melakukan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara? 

Menabur fitnah? Mengeluarkan fatwa-fatwa yang mengelirukan umat Islam? Bersenkongkol dengan dapig yang sama sekali tidak menerima Islam? Ha ha ha hampas...


KOTA BHARU 31 Jan. – Pas menerima keputusan yang dibuat oleh para pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang semalam, yang menyaksikan kemenangan lebih besar calon Barisan Nasional (BN).
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf walaupun kalah dalam PRK tersebut.

Beliau berkata, Pas bukan sahaja memburu kemenangan dalam pilihan raya di dunia semata-mata, tetapi juga memburu kemenangan di akhirat.
“Hari ini Pas tewas di Tenang, namun Pas berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Beliau sebaliknya mempersoalkan kewibawaan UMNO dalam meneruskan misi perjuangannya antara duniawi dan ukhrawi.
“Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat,” soalnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Monday, January 31, 2011

Kehancuran PKR lebih cepat


KUALA LUMPUR 30 Jan. - Tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam membuktikan parti tersebut semakin menuju kehancuran pada kadar yang begitu cepat.
Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, tindakan Gobalakrishnan itu juga membuktikan langkah para pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu sebelum ini adalah meliputi semua agama dan kaum.

Sebagai bukti, katanya, beberapa nama besar dalam PKR dari pelbagai kaum telah meninggalkan parti seperti 'pembawa' aliran Melayu sekular, Datuk Zaid Ibrahim; pembawa aliran pemikiran bukan Islam dan perjuangan rakyat Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan pembawa aliran pemikiran Cina dan bukan Melayu, Ng Lum Yoong.
Selain itu, jelasnya, PKR juga telah ditinggalkan oleh Gobalakrishnan yang dikenali sebagai pejuang masyarakat India dan penganut Hindu serta beberapa tokoh agama Islam termasuk dari kalangan yang pernah rapat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Peletakan jawatan YB Gobi (Gobalakrishnan) dan perisytiharan keluar beliau adalah satu isyarat jelas bahawa Parti Kelentong Rakyat ini sudah hancur lebur.

"Teman tahu ada beberapa orang lagi Ahli Parlimen (termasuk ADUN), kepimpinan kanan parti yang akan mengambil langkah yang sama tidak lama lagi. Masing-masing menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk bertindak sedemikian," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri bertajuk 'Vanekem macha! Poodah Anvar' dihttp://zul4kulim.blogspot.com/ hari ini bagi mengulas tindakan Gobalakrishnan yang mengisytiharkan melepaskan semua jawatan dan keluar daripada PKR.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong melalui blognya pula memberitahu, beliau percaya Gobalakrishnan bukan merupakan pemimpin terakhir dari PKR yang meninggalkan parti tersebut.

Katanya, tindakan Ahli Parlimen Padang Serai itu membuktikan beliau sudah muak dengan permainan 'politik cakap tak serupa bikin' dan politik penipuan yang diamalkan dalam PKR.
"Selepas ini Gobalakrishnan akan dilabel dengan gelaran pengkhianat oleh Anwarinas (penyokong Anwar) dan dibantu pula oleh sesetengah portal berita tetapi ia lebih baik daripada digelar pengecut dengan menyembunyikan segala kesalahan yang nampak di depan mata," tegasnya.
Zulkifli dan Choo Keong yang turut meninggalkan PKR sebelum ini mengucapkan tahniah serta mengalu-alukan tindakan Gobalakrishnan menjadi Ahli Parlimen seperti mereka.

Sunday, January 30, 2011

Apa ada dengan Papa Gomo & Din Pudu Raya ? Benarkah ?


Nak tahu cerita selanjutnya.....

Klik di sini http://screwkuat69.blogspot.com/2011/01/assalammualaikum-yb-masih-kenalkah.html?showComment=1296396002940#c3866374903387662464

BN Menang Lagi.......Terkini dari Tenang



PARLIMEN LABIS
N.05 DUN TENANG

Peti Undi Ditutup Jam 5:Peratusan Keluar Mengundi
Seramai 10,579 bersamaan 71.71% keluar mengundi


Barisan Nasional : 6698

PAS: 2331

Majoriti : 3735


BN 69.1%
PAS 30.6%

Puteri UMNO Selangor Terjah Tlk Gong - Part II

Tahniah kepada mereka yang telah menjayakannya......
Apa yang penting KERJASAMA !




Lihat foto diatas, abis tak tinggal. Semua dibersihkannya......


Yang uzur tetap terbela nasib mereka ini....


Semua dibantu tanpa mengenal latar belakang.....

Kehadiran Yang Berhormat Dato Noh Bin Omar menyemarakkan semangat para sukarelawan.....

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan....

1 Malaysia

Friday, January 28, 2011

Puteri UMNO Selangor Terjah Telok Gong ? Apa sudah jadi ?

Puteri UMNO Selangor Terjah Telok Gong? Apa sudah Jadi ?
 
 
Mari kita ramai ke Majlis Program 1Malaysia - Jelajah Khidmat Masyarakat

Bila? 
29 Januari 2011 (Sabtu)

Dimana? 
Padang SRJKC Mei Lin, Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor

Siapa Tetamunya? 
1.Yang Berhormat Dato Noh Bin Omar (Menteri Pertanian dan Asas Tani)
 2.Yang Berbahagia Dato Prof Ir Dr Sahul Hamid

Anjuran Siapa? 
BN Parlimen Klang, Skuad Sayang Wanita, Puteri Selangor & Pelajar UiTM

Jam Berapa? 
8.00 pagi - 6.00 Petang

Jelajah Khidmat Masyarakat 1 Malaysia

Mari kita ramai ke Majlis Program 1Malaysia - Jelajah Khidmat Masyarakat

Bila? 
29 Januari 2011 (Sabtu)

Dimana? 
Padang SRJKC Mei Lin, Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor

Siapa Tetamunya? 
1.Yang Berhormat Dato Noh Bin Omar (Menteri Pertanian dan Asas Tani)
 2.Yang Berbahagia Dato Prof Ir Dr Sahul Hamid

Anjuran Siapa? 
BN Parlimen Klang, Skuad Sayang Wanita, Puteri Selangor & Pelajar UiTM

Jam Berapa? 
8.00 pagi - 6.00 Petang