Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Thursday, June 9, 2011

Rumusan Muktamar PAs ke 57...bengap-bengap...


Resolusi Muktamar PAS kali ke 57;

  1. Menggugurkan misi menegakkan negara Islam.
  2. Menggugurkan perlaksanaan undang-undang hudud.
  3. Mempertahan dan melindungi pesalah liwat dan penzina.
  4. Memberi kelonggaran kepada rakyat untuk melakukan zina dan maksiat tanpa halangan. Sebarang mekanisma untuk mencegah, membenteras dan mengawal dari berleluasanya zina dan maksiat hendaklah dihapuskan kerana ia boleh menyebabkan keaiban seseorang individu terdedah dan terjejas. Pendedahan aib orang lain adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
  5. Memerangi golongan yang membenteras kemungkaran dan kemaksiatan
  6. Menguatkuasakan (lebih tepat, menyalahguna) hukum qazaf serta merta bagi memastikan tiada siapa yang sewenang-wenangnya mendedah perlakuan buruk saudara seislam yang lain.
  7. Secara beransur-ansur melenyapkan pengaruh ulamak di dalam PASdengan menaikkan mereka-mereka yang berfikiran lebih liberaldalam heiraki kepimpinan PAS. Usaha ini akan lebih melancarkan lagi kerjasama dengan DAP, waima Syaitan seperti yang diajar oleh Mursyidul Am Pas.
  8. Menafikan segala sumbangan UMNO selama lebih 50 tahun sebagai pemerintah.
  9. Sebaliknya meniru apa yang telah dilakukan oleh UMNO sepanjang pemerintahannya dengan menukar konsep Tradisi Membela Rakyat yang selama ini dijayakan oleh UMNO kepada konsep Negara Berkebajikan. Pas hanya perlu tukar nama saja bagi membolehkan rakyat teruja dengan konsep ini.
  10. Terakhir, para pemimpin PAS disarankan supaya lebih berhati-hati dalam mengolah ayat-ayat Allah dan hadis nabi bagi mengelakkan tembelang dan penyelewengan PAS dalam mentafsir ayat dan hadis diketahui oleh rakyat dan Allah swt.
Petik dari Kepal Nasi Kepal Beras

No comments:

Post a Comment