Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Saturday, April 30, 2011

MB Selangor gila kuasa


KUALA LUMPUR 28 April - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa melakukan pembaziran ke atas wang rakyat apabila meluluskan RM600,000 daripada Akaun Amanah Penswastaan untuk kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan kempen itu tidak lebih daripada gimik politik pembangkang kerana hanya Kerajaan Pusat yang boleh memansuhkan akta berkenaan.

"Saya mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menggunakan peluang di Dewan Rakyat untuk membincangkan peruntukan memansuhkan ISA.

"Abdul Khalid bukan sahaja tidak tahu menggunakan platform (yang betul) malah dianggap gila kuasa kerana undang-undang hanya boleh dimansuh dengan sokongan majoriti di Dewan Rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Noh mengulas keputusan kerajaan PKR Selangor meluluskan peruntukan RM600,000 untuk melaksanakan kempen memansuhkan ISA yang dijangka bermula bulan depan.
Beliau berkata, rakyat Selangor seharusnya dapat menilai tindakan yang dilakukan kerajaan negeri itu adalah sesuatu yang sia-sia.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan pula mendesak kerajaan PKR Selangor menunaikan janji-janjinya kepada rakyat dan bukan menyalahgunakan duit rakyat untuk kempen itu.
"Orang ramai boleh membuat aduan mengenai penyalahgunaan kuasa kerajaan negeri itu jika mereka tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut," ujarnya.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong pula berkata, parti pembangkang 'cakap tidak serupa bikin' apabila sering menuntut kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan perbelanjaan berhemat sedangkan mereka melakukan sebaliknya.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata, tindakan kerajaan negeri itu menunjukkan sikap pembangkang yang sanggup menggunakan wang rakyat untuk menentang akta yang diwujudkan demi keamanan dan kesejahteraan rakyat.

"Puteri UMN0 percaya pembangkang kehabisan modal sebab itu membangkitkan semula isu ISA sedangkan kerajaan sentiasa memastikan akta itu digunakan untuk menahan pesalah yang dikenal pasti berniat menjejaskan keselamatan negara," ujarnya.

Tuesday, April 26, 2011

Kes ADUN Sri Muda disebut semula 20 Jun



SHAH ALAM 25 April - Kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di sini pada 20 Jun ini.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas peguam Nizam Bashir memaklumkan bahawa anak guamnya akan menunaikan umrah pada awal Jun ini.

Tambahan pula, menurut peguam itu, pihaknya pada 1 April lalu sudah memfailkan notis usul untuk memohon perisytiharan bahawa akta tersebut bercanggah dengan Artikel 5,8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan untuk membatalkan pertuduhan tersebut menurut Nizam akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Mei ini.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim.
Wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berusia 42 tahun itu didakwa menerbitkan artikel bertajuk: Pandangan Saya Berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://srimuda.blogspot.com.

Ia didakwa dilakukan di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R31/R, Kota Kemuning di sini pada 30 Disember tahun lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Saturday, April 16, 2011

Hanya SPR keluar keputusan rasmi - Pengerusi SPR


KUCHING 16 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin mengatakan pakatan pembangkang kini mendahului Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 yang berlangsung hari ini.


Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff berkata, berita itu nyata tidak benar sama sekali kerana terdapat 368 pusat pengundian yang masih dibuka.
"Setakat ini hanya 19 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah menghantar laporan dan 61 peratus pengundi telah keluar mengundi di kawasan tersebut. - Utusan

Wednesday, April 6, 2011

Kematian pegawai kastam disiasat sebagai kematian mengejut


Ada lagi yang mati di Pejabat SPRM..! Macam mana la pulak ceritanya kali ini. Episod demi episod kematian di pejabat SPRM ini sewajarnya dijadikan iktibar sebagai langkah pembaikan agar kes-kes seperti ini tidak berlaku dimasa hadapan.

Apakah dengan kematian di pejabat SPRM ini, siasatan lanjut akan dihentikan? Apakah ini teknik terbaru supaya kes ini ditutup dan tidak diteruskan? 

Atau untuk menjatuhkan kredibiliti SPRM sendiri supaya terjejas? Belum masuk mahkamah, hukuman telah dijalankan?

Semua ini harus di ambil serius oleh pihak-pihak berwajib kerana setiap saksi adalah sangat penting dan kritikal bagi menyelesaikan kes yang melibatkan ramai pihak. 

Percayalah, bukan sahaja pihak kakitangan yang terlibat, bagaimana pula dengan pihak yang memberi rasuah? Apakah mereka ini akan terlepas?

Mungkin untuk masa terdekat ini, siasatan hendaklah dilakukan di tingkat bawah pejabat sahaja dan bilik siasatan dilengkapi dengan CCTV bagi melindungi suspek.


KUALA LUMPUR 6 April - Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini hari ini, sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala. - Bernama

Tuesday, April 5, 2011

SRA PAS rupenya yang pelajarnya didera

Adakah begini wajah ustaz tersebut setelah naik angin? Sekadar Hiasan
Inikah sikap ganas yang ditunjukkan oleh seorang Ustaz kepada pelajarnya? Kalau pun lah pelajar tu salah sekalipun, takkan sampai nak mendera. Apalah sangat pelajar tu tahu? Bukankah sewajarnya sebagai seorang ustaz yang berakal dan berilmu patut memberikan contoh yang baik.

Worst senario, kalau pun, budak tu bersalah panggil Ibubapa dan gantung dari sekolah sementara menanti siasatan. Tapi sehingga hilang nyawa seorang insan yang masih kecil dan mentah gara-gara seorang ustaz yang terlebih tinggi ilmunya, nilah padah yang ditanggung.


KANGAR: PAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan kematian seorang pelajar tujuh tahun kelmarin yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin, berkata pihaknya juga memohon maaf kepada guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kelmarin selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis lalu ketika menyiasat kes kecurian.”Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti,” katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.

Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang berkata, PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.

Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus’sele Eizan, berkata pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, pula berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.“Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi,” katanya. – BERNAMA

Friday, April 1, 2011

Naik lagi...Tapi tak pe...RON 97 je. Lain selamat lagi...Syukur...



KUALA LUMPUR 1 April - Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lepas.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Zulkifli juga berkata, harga minyak mentah dijangka terus meningkat ekoran situasi di Timur Tengah itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lepas, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter. - Bernama