Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Thursday, May 26, 2011

Kekal, Harga Ron95, diesel dan LPG

Terima Kasih PM. Semoga rakyat akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada BN dan merampas kembali negeri-negeri yang terlepas ke tangan Pakatan Hampeh...

Sunday, May 22, 2011

Kedah seleweng dana Pusat.....Pas Pis Pus Punya Kerja....



KUBANG PASU 21 Mei - Kementerian Kerja Raya mendedahkan Kerajaan Kedah antara kerajaan negeri yang didapati menyalahgunakan dana untuk membaiki jalan negeri yang disalurkan Kerajaan Pusat.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, dana tersebut sepatutnya digunakan untuk menyelenggara jalan negeri tetapi telah diselewengkan untuk membiayai kos membina jalan-jalan baru di kampung-kampung.

"Di Kedah saya pasti perkara sebegini ada berlaku namun, saya masih belum menerima laporan lengkap mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Dewan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, hari ini.

Shaziman berkata, kementerian kesal dengan perkara itu kerana setiap peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat perlu digunakan dengan betul oleh kerajaan negeri.
"Rakyat tidak nampak perkara ini sebab ia tidak diterangkan dengan betul kepada mereka, jadi saya harap ahli-ahli UMNO dapat menerangkan perkara ini kepada rakyat," jelasnya.

Beliau berkata, kementeriannya akan mengkaji mekanisme baru yang akan digunakan untuk menyalurkan dana berkenaan bagi memastikan ia tidak disalahgunakan pada masa depan.

"Kita tidak mahu rakyat keliru mengenai hal ini kerana mereka akan anggap kerajaan negeri yang buat jalan baru untuk mereka sedangkan dana tersebut diberi oleh Kerajaan Pusat," katanya.
Sementara itu, Shaziman dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri Kedah yang ditadbir pembangkang jelas tidak berkemampuan untuk mentadbir negeri ini setanding dengan Barisan Nasional (BN).

"Apa-apa hal mereka (kerajaan pembangkang) akan tuding jari kepada Pusat apabila ada masalah.
"Sampai sekarang kita tidak nampak apa pembangunan yang telah dibuat dan semuanya mereka harap kepada Kerajaan Pusat sahaja," jelasnya.

Thursday, May 19, 2011

Mari Kita Pertahankan Utusan Malaysia



BERHIMPUN DI JALAN CHAN SOW LIN KIRA-KIRA 500 ELA DARIPADA IBU PEJABAT UTUSAN MALAYSIA. BERHIMPUN SELEPAS SOLAT JUMAAT

JOM KITA LAWAN AMK DAN SAM KETOT HABIS-HABISAN APA NAK JADI JADILAH!!!

UTUSAN MELAYU SUARA KERAMAT MELAYU, WADAH LIDAH RASMI MELAYU! MARI KITA PERTAHANKAN!!! ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR!!

PERHIMPUNAN ANJURAN PERKASA MALAYSIA JUGA AKAN DISERTAI KIRA-KIRA 500 AHLI PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN KL (RUJUK AKHBAR UTUSAN MALAYSIA 19 MEI 2011 BERKENAAN HASRAT PEMUDA UMNO NAK SERAH MEMORANDUM- FAKTA)

JOM KITA PERTAHANKAN UTUSAN UNTUK ORANG MELAYU DARIPADA DILIWAT OLEH AMK DAN ANWAR IBRAHIM

Wednesday, May 18, 2011

Bila dah menang...Hadi berkecuali la plak...?



SUNGAI PETANI 18 Mei - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak memihak kepada mana-mana calon yang akan bertanding jawatan timbalan dan naib presiden parti itu pada muktamarnya dari 3 hingga 5 Jun ini.

"Saya tidak menyokong sesiapa namun saya mahukan kepimpinan kolektif, campuran calon berlatarbelakang agama dan profesional,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Jawatankuasa Pas Pusat selepas mendengar taklimat projek kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, dekat sini, hari ini.

pemudatg kata: Mentang-mentang la menang tanpa bertanding, ko goyang kaki ye adi. Tak memihak mana-mana kunun. Pi lah....mesti ko dah ada calon pilihan ko yang akan ikut je cakap ko kan....

Monday, May 16, 2011

Ron 95 naik tahun ini? Bagaimana janji Kerajaan BN?



Diharap Minyak RON 95 tidak perlu dinaikkan kerana keadaan ekonomi yang sedang memulih dan masih tidak stabil dan lemah.

Walaupun ianya akan menyebabkan pertambahan subsidi kerajaan melonjak, tetapi harus diingat kerana dengan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa, Petronas juga mendapat imbuhan yang sama yang mana urusniaga minyak dari hasil pendapatan Petronas selayaknya boleh menampung kadar kenaikan ini yang bersifat sementara.

Jestru, Kerajaan harus melihat bahawa rakyat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, sewajarnya Kerajaan membalasnya dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat!

Sunday, May 15, 2011

Paspispus menanti penuh minat siasatan rakaman video seks

I pun sama menanti kan u.....


KUALA LUMPUR 14 Mei - Pas mengikuti perkembangan isu rakaman aksi seks didakwa melibatkan lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran pengumuman terbaru polis mengenai ketulenan video itu seperti disahkan pakar luar.

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, ini kerana parti itu dan masyarakat secara amnya kini semakin tertanya-tanya mengenai langkah susulan kesemua individu yang terlibat dengan isu video tersebut serta tindakan lanjut polis.

"Kita pegang kenyataan polis yang mengatakan video itu tulen seperti telah disahkan mereka (polis) sebanyak dua kali tetapi apa tindakan polis dan pihak terlibat seterusnya, adakah sebarang pendakwaan atau saman kerana isu ini berlarutan.

"Saya tidak mahu jawab soalan sama ada identiti individu (dalam rakaman) itu perlu didedahkan tetapi cukup sekadar mengatakan kami menanti penuh minat siasatan dan perkembangan seterusnya dan mengenai pemilihan parti akan datang, itu kita bincang lain kali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, polis mengesahkan rakaman video seks membabitkan pelaku didakwa mirip Anwar adalah tulen setelah pasukan itu mendapatkan khidmat pakar pengimejan video dari luar negara dipercayai Amerika Syarikat (AS).

Tuesday, May 10, 2011

UMNO perlu mantapkan persiapan hadapi PRU-13



KUALA LUMPUR 10 Mei — Seluruh ahli UMNO perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang pasti tiba, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya.

"Ingatlah, jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. UMNO perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara,” katanya dalam perutusan sempena Hari Ulang Tahun UMNO ke-65 yang akan disambut esok.

Perdana Menteri berkata, badai yang telah melanda parti pada pilihan raya umum yang lepas bukanlah alasan untuk terus bersikap pesimistik dan kini bukan masanya untuk terus mengeluh serta mengenang perkara lalu.

"Hakikatnya jika kita masih lagi tidak mengenal pasti apa kesilapan kita dan mengambil langkah-langkah pembetulan setelah lebih tiga tahun pilihan raya umum ke-12 berlalu maka kita sebenarnya hanya menempah masa depan yang kelam untuk parti dan rakyat.

"Kini adalah masa untuk bertindak dan bekerja bukannya masa untuk bernostalgia dan beremosi,” katanya.
Beliau berkata, ahli UMNO harus bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana masih menjadi parti pemerintah yang mendapat kepercayaan dan diyakini orang-orang Melayu dan Bumiputera khasnya serta rakyat Malaysia amnya.

Katanya, kepercayaan dan keyakinan ini bukan wujud secara semula jadi tetapi dimenangi serta dipupuk hasil keikhlasan dan iltizam perjuangan generasi kepimpinan dan anggota UMNO silih berganti. — Bernama

pemudatg kata: Ayuh seluruh Jentera BN bersiap siaga untuk menghadapi PRU 13 dan menentang penipuan dan tipu daya dari pihak pembangkang.

Sunday, May 8, 2011

Boleh cetuskan kebimbangan rakyat, timbul huru-hara



KUALA LUMPUR 7 Mei - ''Jangan curah minyak ke dalam api jika mahu sentuh sensitiviti umat Islam dan Perlembagaan negara.''

Itu reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung laporan tentang pihak tertentu dikatakan mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan Perdana Menteri daripada penganut agama itu.

Katanya, perbuatan itu jika benar merupakan satu perkara luar biasa dalam amalan politik negara kerana pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi negara telah termaktub dalam Perlembagaan.

''Hal tersebut telah menjadi sumpah Yang Dipertuan Agong untuk mempertahankan agama Persekutuan ini dan raja-raja sebagai penaung dan penjaga agama.
''Jika benar ini berlaku, ia bakal mencetuskan kebimbangan seluruh rakyat Malaysia beragama Islam dan boleh mencetuskan huru-hara yang tidak pernah diganggu-gugat keamanan berhubung perkara itu,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Jamil Khir berkata, pihak berkuasa keselamatan harus meneliti secara mendalam kebenaran dakwaan itu sebelum tindakan lanjut diambil.

''Perkara ini perlu disiasat terlebih dahulu kerana ia membawa satu kejutan besar kepada negara. Kita tidak mahu menuduh sesiapa termasuk pihak DAP yang didakwa menganjurkan majlis pertemuan paderi itu,'' katanya.

pemudatg kata: Siapa mereka-mereka ini?

Friday, May 6, 2011


KUALA LUMPUR 5 Mei - Sikap biadab Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menggunakan bahasa kesat di laman sosial Twitter membuktikan kerakusan dan keangkuhan cara berpolitik beliau dalam merebut kuasa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mungkin Mahfuz sudah hilang pedoman dan tidak menghiraukan adab budi bahasa dalam usaha terdesak beliau untuk memenangi semula hati pengikutnya.

"Demi kepentingan politik, Pas sanggup menggadaikan segala-galanya termasuk agama dan bangsanya sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap biadab Mahfuz yang secara terbuka menggunakan bahasa kesat berhubung reaksinya tentang isu penyatuan UMNO dan Pas di laman Twitter Naib Presiden Pas itu Sabtu lalu.

Mahfuz berkata: "Kalau dah Melayu kuasai BN (Barisan Nasional), apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini.''

Jelas Hishammuddin, cara pendekatan pemimpin Pas itu digambarkan seperti pepatah "menang sorak, kampung tergadai" dengan menyamakan sikap Pas yang menyorak kejayaan DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini.

Thursday, May 5, 2011

Pusat kesal cara Kelantan tangani isu Orang Asli



KUALA TERENGGANU 5 Mei - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kesal dengan cara kerajaan negeri Kelantan menangani kepentingan dan hak Orang Asli berhubung Ladang Rakyat.

Menterinya Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha kerajaan Pas negeri itu untuk membantu golongan pribumi negeri itu tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

"Kalau di negeri lain, banyak bantuan disalurkan kepada masyarakat Orang Asli untuk meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya kepada pemberita sebelum menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Isu Tanah Orang Asli di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Isu Ladang Rakyat telah membangkitkan kemarahan Orang Asli di kawasan Gua Musang apabila mereka mendakwa tanah yang diusahakan mereka sejak puluhan tahun lalu diambil oleh kerajaan negeri itu untuk dibangunkan sebagai Ladang Rakyat yang diusahakan pihak swasta. - Bernama

Tuesday, May 3, 2011

Malaysia tidak pernah jadi sasaran pengganas



PUTRAJAYA 3 Mei — Malaysia percaya pergerakan pengganas atau kumpulan militan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menjadikan negara ini sebagai sasaran mereka, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, setakat ini Malaysia bebas dari sebarang ancaman kumpulan pengganas malah negara tidak pernah menjadi sasaran bagi mana-mana kumpulan tersebut.

"Adalah amat penting untuk memahami minda penjenayah antarabangsa ini supaya kita dapat menangani ancaman seperti ini pada masa depan.

"Mereka bukan sahaja terbatas hanya kepada militan Islam tetapi juga kumpulan militan lain,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Hal Ehwal Luar India, S.M.Krishna, di pejabatnya, di sini, hari ini.

Hishammuddin juga berkata, adalah tidak benar bahawa Malaysia menjadi sarang membiak pengganas atau tempat bagi merekut pengikut di kalangan pelajar universiti di sini. — Bernama

Monday, May 2, 2011

'Mimpi ngeri' ke Bukit Bendera



PULAU PINANG 1 Mei - Hari ini merupakan hari pertama Bukit Bendera di sini dibuka semula kepada orang ramai selepas setahun ditutup berikutan kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan kereta api ke puncak bukit tersebut.

Sepatutnya ia memberikan kegembiraan kepada pengunjung ke kawasan yang menjadi salah satu ikon pelancongan bagi negeri ini.
Namun, ramai yang pulang dengan hampa kerana apa yang disajikan seolah-olah tidak berbaloi dengan wang ringgit dan keringat mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pengunjung terpaksa berbaris panjang sejauh 100 meter dan menunggu kira-kira dua jam untuk membeli tiket serta menaiki kereta api.

Malah, untuk sampai ke pusat pelancongan itu dari pusat bandar, penulis terperangkap hampir dua jam dalam kesesakan lalu-lintas berikutan tempat letak kereta tidak mencukupi.

Seorang pengunjung dari Perak, Amirjit Singh berkata, pada mulanya dia begitu teruja untuk datang ke situ untuk menikmati udara nyaman di samping mencuba kereta api baru.

"Malangnya semua itu hanya imaginasi manis sahaja kerana saya terpaksa beratur berjam-jam bagi mendapatkan tiket.

"Bila sampai di atas pula, tiada apa yang baru. Yang baru cuma kereta api," ujarnya kepadaUtusan Malaysia.

Sunday, May 1, 2011

Persidangan blogger sedunia di Kuala Lumpur 15 Jun


KUALA LUMPUR 1 Mei – Satu persidangan blogger sedunia akan diadakan di sini bulan depan yang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga seorang penulis blog, dijemput untuk menyampaikan ucaptama.
World Blogger and Social Media Summit 2011 itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama dua hari mulai 15 Jun.

Kemunculan Dr Mahathir adalah antara agenda utama yang disusun pada perhimpunan blogger kali kedua diadakan di Malaysia selepas Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 tahun lepas.
Persidangan kali ini dianjurkan oleh My Events International Sdn Bhd (My Events) dengan kerjasama Cyber Security Malaysia yang bakal menghimpunkan penulis blog dan pengguna laman sosial dari seluruh dunia untuk membincangkan perihal internet dan blog.

Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Shahrul Hameed Dawood berkata, acara tersebut juga akan menjadi platform kepada penulis blog untuk membincangkan perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menulis blog untuk mengelakkan berlaku kontroversi.

Beliau berkata, perkara itu diberi penekanan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penulis blog adalah bebas menyuarakan pandangan masing-masing tetapi perlu ada garisan yang mengawal kebebasan itu agar ia tidak melampaui batas. – Bernama

Pertahan hak Melayu bukan rasis - Ibrahim Ali



ALOR SETAR 30 April - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini sekali lagi menegaskan, pertubuhan itu tidak bersifat rasis hanya kerana mempertahankan hak orang Melayu.

Oleh itu beliau menyeru orang Melayu bersatu kerana perpaduan golongan berkenaan adalah teras kepada kestabilan negara.

"Ini sama seperti agenda yang diperjuangkan oleh akhbar Utusan Malaysia yang bertindak sebagai suara orang Melayu sejak dari dahulu selain turut memperjuangkan misi nasional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Melayu Perkasa di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini hari ini.
Ucaptama perhimpunan itu disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam ucapan itu juga, Ibrahim meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap laman web yang menghina Islam.

Beliau berkata, penghinaan seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan adalah menjadi satu jihad untuk umat Islam mempertahankan maruah agama Islam daripada dihina.
Justeru, beliau meminta pemimpin dalam kerajaan yang tidak tahu hendak menjaga maruah Islam supaya melepaskan jawatan mereka.

"Mana-mana calon pilihan raya atau pemimpin Melayu daripada parti mana pun, jika mereka mengeluarkan kenyataan tidak mempertahankan Melayu, maka Perkasa meminta orang Melayu tidak memberi undi kepada mereka," katanya.

Anggota Parlimen Kapar buat laporan polis terima CD video seks



KUALA LUMPUR 30 April - Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima sampul surat mengandungi cakera padat (CD) video seks membabitkan pelaku mirip Ketua Pembangkang di Kapar, Klang semalam.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira 10.30 pagi ini untuk membuat laporan polis itu, sebelum beredar keluar setengah jam kemudian.

"Semalam saya melawat pejabat Pusat Khidmat Parlimen Kapar. Saya mendapati satu surat telah diterima yang dialamatkan kepada saya dan bertanda pos negara Thailand.

"Saya mendapati ada satu CD di dalamnya dan selepas menonton, video ini sama dengan video yang ditayangkan oleh kumpulan Datuk T di Carcosa Seri Negara.
Oleh itu, saya meminta siasatan dibuat terhadap mereka yang menyebarkan CD ini,” katanya kepada pemberita. - Bernama