Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Tuesday, March 8, 2011

Pas Harus Kerjasama Berlebihan Dengan DAP ?

Ha ha ha.....kerjasama lagilah....Mesti best punya. pasal Pas mesti kalah punya. Masa kempen...geng2 Pas je yang ada , yang lain dok umah goyang kaki...kata pakatan.? Tapi tang kerja....Pas je la yang sorang-sorang gi syok sendiri... ha ha ha...



KUALA LUMPUR 7 Mac - Pas digesa mengkaji semula 'hubungan istimewanya' bersama DAP berikutan sokongan orang Melayu terhadap parti itu semakin merosot.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) berkata, ia diterjemahkan menerusi beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini yang jelas menampakkan undi orang Melayu tidak memihak kepada Pas.

Menurut beliau, kekuatan Pas terletak kepada label perjuangan Islam tetapi ia sudah lari gara-gara bersekongkol dengan DAP.
''Pas kena kaji balik posisinya dalam pembangkang. Perjuangannya terhadap Islam sudah lari. Sebab itu kita tengok peratus pengundian Melayu terhadap Pas sudah jatuh.

''Pada saya, ini tidak berapa bagus. Pas perlu jadi alternatif kepada perjuangan orang Melayu dan Islam. Tetapi, pengamatan daripada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Merlimau, Tenang dan Galas, nampaknya orang Melayu sudah lari dari Pas.

''Semuanya kerana DAP (kerjasama). Ia cukup merugikan Pas dan menguntungkan DAP. Lebih baiklah Pas kaji balik perkara ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Majlis Parlimen Ke-12 2011 di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.

Di Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38.
Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Pas seharusnya menjadi sebuah parti yang bergerak secara sendiri kerana perjuangannya berbeza jika hendak dibandingkan dengan DAP dan PKR.

''Malah, Pas sepatutnya berdiri di atas kakinya sendiri. Senario politik dunia sekarang ini, orang nak kepimpinan begitu. Tetapi kalau pilihan dia (Pas) begitu, nampaknya ia memakan diri. Ia cukup merugikan," katanya.

No comments:

Post a Comment