Dengar kata akan ada sekurang-kurangnya 1/3 adalah muka-muka baru yang akan ditampilkan bagi PRU Sarawak. Ini bagi mendapat " a fresh new blood" bagi mendapatkan generasi pelapis untuk meneruskan perjuangan BN.
Molek benarlah sekiranya pertimbangan ini diambil. Ini juga menggalakkan pemikiran-pemikiran baru dan kreatif bagi membangunkan negara. Ini tidaklah bermaksud yang lama dilupakan, tetapi yang lama tetap akan dijadikan tempat untuk mendapatkan nasihat dan pandangan oleh generasi muda.
Apa yang penting...? Kerjasama.....
KUCHING 24 Mac - Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disahkan awal bulan depan.
Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, senarai calon sedang dalam proses untuk dimuktamadkan.
"Saya mempunyai temu janji dengan Perdana Menteri (Pengerusi BN) pada awal bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan Bangunan Keenam 2011 (BTS 2011), di sini, hari ini.
Ditanya mengenai peluang BN dalam menghadapi pakatan pembangkang yang dikatakan lebih bersedia, Taib, yang juga Ketua Menteri dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata: “Saya serahkan kepada Allah tetapi akan bersyukur sekiranya BN boleh memperoleh majoriti lebih dua pertiga. - Bernama
No comments:
Post a Comment