Gagal dan tidak berjaya mentadbir negeri dengan perubahan yang mahu dibawa oleh PR. Dan pastinya menyalahkan orang lain dalam mencari kambing hitamnya. Inilah 'true colours" oleh Pukatan Rakyat. Gagal dan gagal lagi.... Yeeeehah kata si gagap.
SHAH ALAM 7 Mac – Rata-rata rakyat negeri ini berpendapat Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang menyambut ulang tahun ketiga pentadbirannya esok, gagal melakukan perubahan yang dijanjikan sejajar dengan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.
Mereka menyifatkan kerajaan negeri hanya lebih banyak menghabiskan masa dengan berpolitik daripada melaksanakan pembangunan fizikal dan modal insan bagi manfaat seluruh rakyat.
Seorang peniaga, Mohd. Redza Mohd. Karimun, 30, berkata, golongan belia di negeri termaju di negara ini seolah-olah terbiar tanpa program pembangunan yang berkesan.
“Semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), belia di negeri ini begitu `meriah' dengan pelbagai aktiviti pembangunan modal insan termasuk kegiatan sukan dan rekreasi.
“Kita juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sering menjadikan BN sebagai kambing hitam dalam segala segi pentadbiran tanpa menyedari mereka sekarang sedang menerajui kerajaan dan bukan parti pembangkang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nur Zaiful Alfidz Md. Noordin, 30, turut kesal apabila sehingga kini masih banyak janji dalam manifesto pilihan raya umum lalu belum dikotakan termasuk menyediakan peluang kepada golongan muda memiliki rumah mampu milik.
“Saya masih menanti kerajaan negeri mengeluarkan tawaran untuk orang muda membeli rumah mampu milik di negeri ini namun masih tiada sedangkan projek-projek perumahan kelas sederhana dan mewah begitu mudah mendapat perhatian mereka,'' katanya.
Selain itu, Nur Zaiful Alfidz turut hairan kerana sejak pentadbiran kerajaan negeri diterajui pihak pembangkang, hotel-hotel bajet bertambah bagaikan cendawan tumbuh.
“Apa yang membimbangkan kita, hotel-hotel bajet tersebut menyediakan kadar harga penginapan mengikut jam. Ini sudah pasti mengundang pelbagai gejala negatif dalam kalangan remaja,” katanya.
No comments:
Post a Comment