Ada lagi yang mati di Pejabat SPRM..! Macam mana la pulak ceritanya kali ini. Episod demi episod kematian di pejabat SPRM ini sewajarnya dijadikan iktibar sebagai langkah pembaikan agar kes-kes seperti ini tidak berlaku dimasa hadapan.
Apakah dengan kematian di pejabat SPRM ini, siasatan lanjut akan dihentikan? Apakah ini teknik terbaru supaya kes ini ditutup dan tidak diteruskan?
Atau untuk menjatuhkan kredibiliti SPRM sendiri supaya terjejas? Belum masuk mahkamah, hukuman telah dijalankan?
Semua ini harus di ambil serius oleh pihak-pihak berwajib kerana setiap saksi adalah sangat penting dan kritikal bagi menyelesaikan kes yang melibatkan ramai pihak.
Percayalah, bukan sahaja pihak kakitangan yang terlibat, bagaimana pula dengan pihak yang memberi rasuah? Apakah mereka ini akan terlepas?
Mungkin untuk masa terdekat ini, siasatan hendaklah dilakukan di tingkat bawah pejabat sahaja dan bilik siasatan dilengkapi dengan CCTV bagi melindungi suspek.
KUALA LUMPUR 6 April - Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini hari ini, sebagai kematian mengejut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala. - Bernama
No comments:
Post a Comment