Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Wednesday, February 9, 2011

Derhaka Lagi...Minah ni....Ish ish...


KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Perbuatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan ceramah di Suaru Al-Huda, Kajang Sentral boleh dianggap derhaka kerana melanggar titah Sultan Selangor yang melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik.
Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman menyifatkan perbuatan itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin parti pembangkang yang sememangnya tidak menghormati Sultan sebagai ketua negeri.

“Perbuatan yang dilakukan itu menunjukkan sikap kurang ajar dan pemimpin parti pembangkang kerana tidak menghormati titah dan perintah Sultan, benda ini bukan sahaja berlaku di Selangor sahaja, malah turut berlaku di negeri-negeri lain.
“Contoh paling jelas seperti apa yang berlaku di Perak tidak lama dahulu, apabila Nizar tidak menghindari titah Sultan Perak yang melantik Datuk Seri Dr Zambry (Abd Kadir) sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar (Jamalludin),” katanya ketika dihubungi UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perbuatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan ceramah di sebuah surau baru-baru ini. Tindakan itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang menganggap perbuatan itu telah mencemari kesucian agama Islam.
Pada majlis itu, Teo telah menyampaikan ceramah di saf pertama ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral yang kebiasaannya digunakan oleh ustaz atau penceramah menyampaikan tazkirah.
Hamidah berkata, apa yang dilakukan itu bukan sahaja menunjukkan Teo tidak menghormati kesucian surau itu tetapi kejahilan pihak pengurusan surau kerana membenarkan bukan Islam memasuki ruang solat dan menyampaikan ceramah politik.
“Selain Teo, pegawai surau berkenaan juga harus dikenakan tindakan bukan melanggar peraturan majlis agama tetapi turut mengingkari titah Sultan Selangor supaya tidak menjadikan surau tempat untuk berpolitik.
“Tindakan tegas perlu diambil kepada mereka yang terbabit supaya tiada pihak mengulangi perbuatan itu,” katanya.
Menurutnya, jika pihak pengurusan surau memahami peraturan dan tatasusila tempat ibadat kejadian seperti itu tidak akan berlaku dan kesucian Islam tidak dicemari oleh orang bukan Islam di atas kedaifan orang Islam sendiri. -MediaUMNO.

No comments:

Post a Comment