Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Sunday, February 6, 2011

Melayutown - Kg Baru


Alhamdulillah....Satu lagi mercu tanda dan ikon kepada pemodenan Kg Baru bagi Orang Melayu.

Ini sejajar dengan arus kepesatan pembangunan dengan  keadaan persekitaran Kuala Lumpur dan Kg Baru sebagai simbol untuk Orang Melayu juga harus seiring dengan pemodenan ini. 

Orang Melayu juga boleh berjaya mewujudkan satu Bandar Melayu ditengah-tengah Kota Metropolitan !   

Ini juga menjadi satu lagi tumpuan pelancong selain dari "Chinatown" dan "Little India" !


KUALA LUMPUR 5 Feb. - Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan RM20 juta bagi menaik taraf Masjid Jamek Kampung Baru yang disifatkan titik permulaan ke arah pembangunan semula kawasan itu sejajar dengan kemajuan ibu kota Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perubahan yang akan berlaku kepada Masjid Jamek akan menjadi ikon serta lambang kepada Kampung Baru moden dan serba berdaya maju serta canggih.
''Ini adalah usaha kerajaan untuk kepentingan Kampung Baru dan pembangunan Masjid Jamek ini secara keseluruhan dan ia juga merupakan hadiah yang cukup istimewa bagi penduduk di sini.

''Saya dimaklumkan kewujudan kampung Baru telah menjangkau usia 111 tahun dan diharap apabila siapnya projek pembinaan naik taraf, ia akan menjadi satu mercu tanda baru bagi Kampung Baru," katanya ketika berucap pada program Ziarah Masjid di masjid tersebut di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ahmad Phesal Talib; Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Aris dan adik Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi masjid tersebut, Datuk Nazim Tun Abdul Razak.

Dalam majlis hari ini Perdana Menteri turut dibawa melihat lakaran artis terhadap usaha menaik taraf masjid tersebut.
Najib dalam perkembangan sama turut menyatakan bahawa masjid tersebut amat istimewa kerana ia mempunyai hubungan secara langsung dengan keluarganya.

No comments:

Post a Comment