Mari lah mari daftar pengundi....jgn lupa kewajipan pada negara...
KUALA LUMPUR, 11 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan pelbagai kaedah semakan maklumat pengundian buat pemilih-pemilih berdaftar di kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, bagi melancarkan urusan mengundi sekiranya pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan nanti.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia disediakan bagi memudahkan pemilih membuat semakan maklumat termasuk nama pusat mengundi yang ditetapkan, nombor saluran mengundi dan nombor siri pemilih yang tersenarai dalam Buku Daftar Pemilih bagi tempat di mana seseorang pemilih itu akan mengundi.
Katanya, semakan boleh dilakukan menerusi empat kaedah iaitu melalui laman web SPR di www.spr.gov.my, menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPRSEMAKNO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888, semakan dengan pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui kaunter semakan daftar pemilih SPR. - Bernama
No comments:
Post a Comment