Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Tuesday, February 1, 2011

Pas redha terima kekalahan & terima kasih BN - Part II



Akhirnya Paspispus redha dengan kekalahan dan berterima kasih kepada BN atas keprihatinan BN kerana telah memberikan banyak subsidi  kepada rakyat. Paspispus pun turut menikmati subsidi ini walaupun tidak menyokong BN. 

Sebut apa sahaja, dari elektrik, minyak masak, petrol, gas dan sebagainya. subsidi inilah yang mereka menikmati seluruh anak beranak malahan sekiranya jatuh sakit, mereka juga menggunakan perkhidmatan Klinik 1Malaysia dan Hospital-Hospital Kerajaan.



Sesungguhnya kerajaan BN amat prihatin tanpa mengira ideologi dan keturunan. 

Masjid yang dibina oleh Kerajaan BN juga diguna oleh mereka ini. 
Jadi persoalannya, apakah yang mereka melakukan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara? 

Menabur fitnah? Mengeluarkan fatwa-fatwa yang mengelirukan umat Islam? Bersenkongkol dengan dapig yang sama sekali tidak menerima Islam? Ha ha ha hampas...

KOTA BHARU 31 Jan. – Pas menerima keputusan yang dibuat oleh para pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang semalam, yang menyaksikan kemenangan lebih besar calon Barisan Nasional (BN).
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf walaupun kalah dalam PRK tersebut.

Beliau berkata, Pas bukan sahaja memburu kemenangan dalam pilihan raya di dunia semata-mata, tetapi juga memburu kemenangan di akhirat.
“Hari ini Pas tewas di Tenang, namun Pas berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Beliau sebaliknya mempersoalkan kewibawaan UMNO dalam meneruskan misi perjuangannya antara duniawi dan ukhrawi.
“Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat,” soalnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

No comments:

Post a Comment