Isu yang lebih besar yang di khuatiri disini, bukanlah semata cerita-cerita politik semata-mata. Tetapi akidah oleh Umat Islam di Malaysia dikhuatiri dan dipercayai boleh terpesong dan tersesat sekiranya Nicky Ajis terus mengeluarkan fatwa-fatwa yang boleh memecah-belahkan umat Islam.
Kepercayaan bahawa keadaan di Malaysia adalah amat buruk adalah sama sekali tidak benar dan tuduhan ini adalah palsu belaka. Malahan yang bukan beragama Islam bebas mengamalkan agama masing-masing.
Islam adalah agama rasmi Negara Malaysia dan ini sama sekali tidak boleh diperkotak-katikkan malahan perkembangan syiar Islam di Malaysia sangat cemerlang dibanding dengan negara yang lain. Jesteru itu, Nicky Ajis harus berhenti dari mengeluarkan fatwa-fatwa yang boleh memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.
Kita tidak mahu melihat negara Malaysia yang aman damai ini musnah gara-gara politik bebal mereka ini.
Seperti hari ini, ada yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman, walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka. Persoalannya disini....mengapa ini dibangkitkan setelah lebih 50 tahun merdeka?
Siapakah yang membangkitkan perasaan perkauman ini?
Adakah mereka ini dinafikan hak sebagai warga Malaysia setelah beberapa generasi lahir di Malaysia?
Adakah mereka ini tidak diberi hak untuk bekerja dan mencari rezeki di Malaysia?
Adakah mereka ini tidak diberi hak untuk pendidikan di Malaysia?
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Para pemimpin UMNO diminta melakukan provokasi berterusan ke atas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat supaya Menteri Besar Kelantan itu terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan justeru memaparkan 'wajah sebenar' beliau.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana, kenyataan kontroversi dan mengelirukan Nik Abdul Aziz itu akan menyedarkan segelintir masyarakat Melayu, seterusnya membantu golongan berkenaan kembali bersatu.
"Walau apa pun, UMNO dapat untung kerana mengikut pandangan saya kenyataannya yang luar biasa membantu memberi kesedaran kepada orang Melayu yang tidak sokong UMNO pada pilihan raya umum lalu untuk kembali menyokong UMNO.
"Orang Melayu sudah mula sedar kenyataan-kenyataan Nik Aziz membantu kaum-kaum lain 'naik tocang' untuk memperlekehkan Islam, menghina Melayu dan sebagainya.
"Pada saya orang UMNO patut galakkan lagi agar Nik Aziz terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi kerana ia membantu majoriti orang Melayu bersatu," katanya sinis melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengulas pertikaian terbaru di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Nik Abdul Aziz berhubung kenyataan kontroversi Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dalam bukunya mengenai penganut Islam republik itu baru-baru ini.
Salam Perjuangan,
ReplyDeleteBlog saudara telahpun saya Linkkan, semoga kita boleh bekerjasama
Salam Saudara SRO,
ReplyDeleteTerima kasih atas link nya..
Apa yang penting? Kerjasama....
All for one & One for All...
1 Malaysia