Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Saturday, February 12, 2011

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina


Program Sentuhan Kasih 1Malaysia & Rumah Terbuka Tahun Baru Cina

Tarikh: 13/02/2011 (Ahad)

Masa: 10.00 pagi - 02.00 petang

Tempat: Pandamaran (MCA Bhgn Klang)


Semua dijemput hadir.

Friday, February 11, 2011

Semak Sekarang....


Mari lah mari daftar pengundi....jgn lupa kewajipan pada negara...


KUALA LUMPUR, 11 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan pelbagai kaedah semakan maklumat pengundian buat pemilih-pemilih berdaftar di kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, bagi melancarkan urusan mengundi sekiranya pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan nanti.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia disediakan bagi memudahkan pemilih membuat semakan maklumat termasuk nama pusat mengundi yang ditetapkan, nombor saluran mengundi dan nombor siri pemilih yang tersenarai dalam Buku Daftar Pemilih bagi tempat di mana seseorang pemilih itu akan mengundi.

Katanya, semakan boleh dilakukan menerusi empat kaedah iaitu melalui laman web SPR di www.spr.gov.my, menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPRSEMAKNO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888, semakan dengan pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui kaunter semakan daftar pemilih SPR. - Bernama

Thursday, February 10, 2011

Dah habis modal si Zuraida ni....Gila meroyan plak..


Mulut si Minah ni memang tak boleh ditutup lah... Nak cari publisiti murahan la ni...ingat BN ni macam pakatan haprak ke....Nak letak anak beranak bertanding jadi calon....
Bodoh la dia ni, yang buat macam ni pakatan haprak je..... Bini kat Penang, Anak kat KL. Semuanya gila kuasa je diorang ni..semua...

KUALA LUMPUR 9 Feb – Cabaran Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin supaya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bertanding pada pilihan raya kecil DUN Merlimau membuktikan bahawa dia sudah kekeringan idea dan cuba mendapat publisti murahan.
Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Rabiyah Ali menyifatkan cabaran Zuraida itu sebagai tidak masuk akal dan menganggap apa yang dilakukan itu adalah cubaan untuk mempromosikan diri dengan membangkit isu remeh.
“Saya rasa Zuraida ini dah tak ada apa nak buat atau dah lama tak dapat publisti, sebab itu dia cabar Datin Seri Rosmah jadi calon di Merlimau, melalui cara itu bolehlah dia dapat perhatian, dengan cara itu dapatlah orang mengenalinya kalau tidak tidak siapa yang tahu siapa dia.
“Kalau nak buat sesuatu, fikirlah terlebih dahulu, sebenarnya Zuraida itu tidak apa yang nak dikatakan, nak cerita mengenai partinya, takut nanti tak dapat nak jawab kerana PKR sekarang sedang menghadapi pelbagai masalah,” katanya kepada UMNO-online.
Beliau berkata demikian ketika diminta merngulas kenyataan Zuraida yang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan isterinya  bertanding pada PRK DUN Merlimau pada 6 Mac ini.
Dalam kenyataan itu,  Zuraida melahirkan rasa kesal terhadap Rosmah yang dikatakan cuba mengambil peranan dan tugas menteri kabinet.
Rabiyah menyatakan apa yang disuarakan oleh Zuraida itu membuktikan bahawa beliau sebenarnya tidak tahu tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri Perdana Menteri yang perlu turut bersama membantu suaminya sebagai pemimpin Negara.
“Barisan Nasional (BN) dan UMNO bukanlah seperti pembangkang menjadi parti milik keluarga seperti yang berlaku kepada PKR dan Dap meletakkan anak beranak menjadi wakil rakyat, PKR lagi teruk bukan setakat anak beranak, malah suami isteri pun pegang jawatan tertinggi parti.
“Saya menasihatkan Zuraida supaya tidak perlu membuat isu yang remeh temeh, seharusnya dia perlu menumpu kepada parti dan  jawatan yang disandang menyelesaikan masalah yang tak pernah selesai dalam partinya,” katanya.
Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Zuraida itu sebagai seorang tidak pandai berpolitik dan cuba menggunakan isu remeh temeh hanya untuk mendapatkan perhatian atau mengalih perhatian berikutan pelbagai masalah yang dihadapi oleh PKR sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang. -MediaUMNO.

Wednesday, February 9, 2011

Derhaka Lagi...Minah ni....Ish ish...


KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Perbuatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan ceramah di Suaru Al-Huda, Kajang Sentral boleh dianggap derhaka kerana melanggar titah Sultan Selangor yang melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik.
Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman menyifatkan perbuatan itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin parti pembangkang yang sememangnya tidak menghormati Sultan sebagai ketua negeri.

“Perbuatan yang dilakukan itu menunjukkan sikap kurang ajar dan pemimpin parti pembangkang kerana tidak menghormati titah dan perintah Sultan, benda ini bukan sahaja berlaku di Selangor sahaja, malah turut berlaku di negeri-negeri lain.
“Contoh paling jelas seperti apa yang berlaku di Perak tidak lama dahulu, apabila Nizar tidak menghindari titah Sultan Perak yang melantik Datuk Seri Dr Zambry (Abd Kadir) sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar (Jamalludin),” katanya ketika dihubungi UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perbuatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan ceramah di sebuah surau baru-baru ini. Tindakan itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang menganggap perbuatan itu telah mencemari kesucian agama Islam.
Pada majlis itu, Teo telah menyampaikan ceramah di saf pertama ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral yang kebiasaannya digunakan oleh ustaz atau penceramah menyampaikan tazkirah.
Hamidah berkata, apa yang dilakukan itu bukan sahaja menunjukkan Teo tidak menghormati kesucian surau itu tetapi kejahilan pihak pengurusan surau kerana membenarkan bukan Islam memasuki ruang solat dan menyampaikan ceramah politik.
“Selain Teo, pegawai surau berkenaan juga harus dikenakan tindakan bukan melanggar peraturan majlis agama tetapi turut mengingkari titah Sultan Selangor supaya tidak menjadikan surau tempat untuk berpolitik.
“Tindakan tegas perlu diambil kepada mereka yang terbabit supaya tiada pihak mengulangi perbuatan itu,” katanya.
Menurutnya, jika pihak pengurusan surau memahami peraturan dan tatasusila tempat ibadat kejadian seperti itu tidak akan berlaku dan kesucian Islam tidak dicemari oleh orang bukan Islam di atas kedaifan orang Islam sendiri. -MediaUMNO.

Cica kobing betul lah si Nicky Ajis


Apalah si Nicky Ajis ni. Semalam cakap lain, hari ini lain, esok lain, tulat lain....melingkop. Kalau benar-benar untuk perpaduan ummah atau pendidikan ummah, seharus nya beliau sewajarnya berani tampil menjelaskan dan memberi sebarang pandangan beliau.

Jangan memilih, Majlis Fatwa adalah suatu badan yang tertinggi. Nah, apa tunggu lagi. Teruskan....

Ini lah akibatnya menjadi cicak kobing...suka bertukar-tukar....

KOTA BHARU 8 Feb. – Selepas bersetuju untuk berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan Jumaat lalu, hari ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menukar nadanya dengan menegaskan persetujuan tersebut hanya ditujukan kepada pihak berkuasa sahaja.

Beliau berkata, ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan untuk menaikkan nama sendiri dengan menimbulkan isu perdebatan beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.
“Cerita berdebat dengan Majlis Fatwa (Kebangsaan), saya pun tak tahu dari mana punca keluar macam ini. Boleh jadi orang nak tumpang semangkuk naik nama dia tetapi dari saya sendiri langsung tidak timbul bahawa saya akan berdebat dengan majlis itu.

“Saya kata kalau siapa nak berdebat mengenai masalah, tak apa saya boleh tetapi syarat dengan orang yang ada kuasa bukan orang yang sekadar nak tahu pengetahuan,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu juga bersedia berdialog dengan pihak yang berkaitan termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menjelaskan pendiriannya mengenai kenyataan yang pernah dikeluarkan itu.
Kelmarin, pada sidang akhbar di Tumpat, beliau meletakkan syarat supaya debat tersebut diadakan secara terbuka bagi memastikan ia tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

Kenyataan yang dibuat selepas kuliah mingguannya itu dilaporkan oleh hampir semua akhbar utama termasuk Utusan Malaysia dan tiada sebarang bantahan dibuat oleh Nik Abdul Aziz atau pegawainya sehingga ia mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.
Isu berkenaan timbul apabila Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan pemimpin Pas itu yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob ketika ditemui berkata, sayap Pas itu tiada masalah sekiranya Nik Abdul Aziz mahu berdebat bagi mencari kebenaran.
“Terpulang kepadanya sebab beliau mula cetuskan dan beliau mahu pertahankan kebenaran apa yang disebutkan dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

“Dari segi mencari kebenaran dan mengelakkan kekeliruan, tak jadi masalah, kalau debat boleh selesaikan masalah,” katanya.

Tuesday, February 8, 2011

Petronas sumbang RM2 juta untuk Ops Piramid



KUALA LUMPUR 8 Feb. - Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menyumbang RM2 juta kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membantu operasi pasukan itu mengeluarkan rakyat Malaysia dari Mesir.

Sumbangan itu diberikan berikutan gesaan kerajaan baru-baru ini supaya sektor awam dan swasta bekerjasama untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia ke tanah air.

"Petronas berbesar hati untuk bersama-sama dengan TUDM dan syarikat Malaysia yang lain termasuk AirAsia Bhd dan Malaysia Airlines Bhd menjayakan usaha murni ini,” menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat Petronas hari ini.

Petronas juga berkata, syarikat itu juga telah memindahkan semua warga kerja dan keluarga mereka dari Mesir dan sedang memantau perkembangan di negara itu.

Sementara itu, Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyatakan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kelancaran operasi pemindahan rakyat Malaysia di negara bergolak itu.

Presiden UNI-MLC, Mohamed Shafie Mammal berkata, operasi pemindahan itu dijalankan dengan lancar tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik mereka yang berkenaan.

"Hanya seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa patriotik mampu mengambil tindakan yang sesuai untuk semua rakyatnya dan pihak yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Ops Piramid merupakan satu lagi kejayaan gagasan 1Malaysia.
Ops Piramid ialah operasi bagi membawa keluar rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir yang menyaksikan demonstrasi antikerajaan diadakan di beberapa bandaraya, ke Jeddah, Arab Saudi. - Bernama

Sunday, February 6, 2011

Melayutown - Kg Baru


Alhamdulillah....Satu lagi mercu tanda dan ikon kepada pemodenan Kg Baru bagi Orang Melayu.

Ini sejajar dengan arus kepesatan pembangunan dengan  keadaan persekitaran Kuala Lumpur dan Kg Baru sebagai simbol untuk Orang Melayu juga harus seiring dengan pemodenan ini. 

Orang Melayu juga boleh berjaya mewujudkan satu Bandar Melayu ditengah-tengah Kota Metropolitan !   

Ini juga menjadi satu lagi tumpuan pelancong selain dari "Chinatown" dan "Little India" !


KUALA LUMPUR 5 Feb. - Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan RM20 juta bagi menaik taraf Masjid Jamek Kampung Baru yang disifatkan titik permulaan ke arah pembangunan semula kawasan itu sejajar dengan kemajuan ibu kota Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perubahan yang akan berlaku kepada Masjid Jamek akan menjadi ikon serta lambang kepada Kampung Baru moden dan serba berdaya maju serta canggih.
''Ini adalah usaha kerajaan untuk kepentingan Kampung Baru dan pembangunan Masjid Jamek ini secara keseluruhan dan ia juga merupakan hadiah yang cukup istimewa bagi penduduk di sini.

''Saya dimaklumkan kewujudan kampung Baru telah menjangkau usia 111 tahun dan diharap apabila siapnya projek pembinaan naik taraf, ia akan menjadi satu mercu tanda baru bagi Kampung Baru," katanya ketika berucap pada program Ziarah Masjid di masjid tersebut di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ahmad Phesal Talib; Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Aris dan adik Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi masjid tersebut, Datuk Nazim Tun Abdul Razak.

Dalam majlis hari ini Perdana Menteri turut dibawa melihat lakaran artis terhadap usaha menaik taraf masjid tersebut.
Najib dalam perkembangan sama turut menyatakan bahawa masjid tersebut amat istimewa kerana ia mempunyai hubungan secara langsung dengan keluarganya.