Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Sunday, May 8, 2011

Boleh cetuskan kebimbangan rakyat, timbul huru-hara



KUALA LUMPUR 7 Mei - ''Jangan curah minyak ke dalam api jika mahu sentuh sensitiviti umat Islam dan Perlembagaan negara.''

Itu reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung laporan tentang pihak tertentu dikatakan mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan Perdana Menteri daripada penganut agama itu.

Katanya, perbuatan itu jika benar merupakan satu perkara luar biasa dalam amalan politik negara kerana pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi negara telah termaktub dalam Perlembagaan.

''Hal tersebut telah menjadi sumpah Yang Dipertuan Agong untuk mempertahankan agama Persekutuan ini dan raja-raja sebagai penaung dan penjaga agama.
''Jika benar ini berlaku, ia bakal mencetuskan kebimbangan seluruh rakyat Malaysia beragama Islam dan boleh mencetuskan huru-hara yang tidak pernah diganggu-gugat keamanan berhubung perkara itu,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Jamil Khir berkata, pihak berkuasa keselamatan harus meneliti secara mendalam kebenaran dakwaan itu sebelum tindakan lanjut diambil.

''Perkara ini perlu disiasat terlebih dahulu kerana ia membawa satu kejutan besar kepada negara. Kita tidak mahu menuduh sesiapa termasuk pihak DAP yang didakwa menganjurkan majlis pertemuan paderi itu,'' katanya.

pemudatg kata: Siapa mereka-mereka ini?

No comments:

Post a Comment