Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Sunday, May 1, 2011

Pertahan hak Melayu bukan rasis - Ibrahim Ali



ALOR SETAR 30 April - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini sekali lagi menegaskan, pertubuhan itu tidak bersifat rasis hanya kerana mempertahankan hak orang Melayu.

Oleh itu beliau menyeru orang Melayu bersatu kerana perpaduan golongan berkenaan adalah teras kepada kestabilan negara.

"Ini sama seperti agenda yang diperjuangkan oleh akhbar Utusan Malaysia yang bertindak sebagai suara orang Melayu sejak dari dahulu selain turut memperjuangkan misi nasional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Melayu Perkasa di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini hari ini.
Ucaptama perhimpunan itu disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam ucapan itu juga, Ibrahim meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap laman web yang menghina Islam.

Beliau berkata, penghinaan seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan adalah menjadi satu jihad untuk umat Islam mempertahankan maruah agama Islam daripada dihina.
Justeru, beliau meminta pemimpin dalam kerajaan yang tidak tahu hendak menjaga maruah Islam supaya melepaskan jawatan mereka.

"Mana-mana calon pilihan raya atau pemimpin Melayu daripada parti mana pun, jika mereka mengeluarkan kenyataan tidak mempertahankan Melayu, maka Perkasa meminta orang Melayu tidak memberi undi kepada mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment