KUALA LUMPUR 5 Mei - Sikap biadab Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menggunakan bahasa kesat di laman sosial Twitter membuktikan kerakusan dan keangkuhan cara berpolitik beliau dalam merebut kuasa.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mungkin Mahfuz sudah hilang pedoman dan tidak menghiraukan adab budi bahasa dalam usaha terdesak beliau untuk memenangi semula hati pengikutnya.
"Demi kepentingan politik, Pas sanggup menggadaikan segala-galanya termasuk agama dan bangsanya sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas sikap biadab Mahfuz yang secara terbuka menggunakan bahasa kesat berhubung reaksinya tentang isu penyatuan UMNO dan Pas di laman Twitter Naib Presiden Pas itu Sabtu lalu.
Mahfuz berkata: "Kalau dah Melayu kuasai BN (Barisan Nasional), apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini.''
Jelas Hishammuddin, cara pendekatan pemimpin Pas itu digambarkan seperti pepatah "menang sorak, kampung tergadai" dengan menyamakan sikap Pas yang menyorak kejayaan DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini.
pedulikan saja si mahpus tu. sikap keanak-anakkannya dlm berpolitik sgt jelas krn dia bukan pemikir Melayu Islam tapi gemar menggunakan lidah yg busuk utk bercakap kosong! jika Melayu Islam bergantung dgn pemimpin jenis begini, sampai bila2pun Melayu Islam takkan bersatu!
ReplyDelete