I pun sama menanti kan u..... |
KUALA LUMPUR 14 Mei - Pas mengikuti perkembangan isu rakaman aksi seks didakwa melibatkan lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran pengumuman terbaru polis mengenai ketulenan video itu seperti disahkan pakar luar.
Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, ini kerana parti itu dan masyarakat secara amnya kini semakin tertanya-tanya mengenai langkah susulan kesemua individu yang terlibat dengan isu video tersebut serta tindakan lanjut polis.
"Kita pegang kenyataan polis yang mengatakan video itu tulen seperti telah disahkan mereka (polis) sebanyak dua kali tetapi apa tindakan polis dan pihak terlibat seterusnya, adakah sebarang pendakwaan atau saman kerana isu ini berlarutan.
"Saya tidak mahu jawab soalan sama ada identiti individu (dalam rakaman) itu perlu didedahkan tetapi cukup sekadar mengatakan kami menanti penuh minat siasatan dan perkembangan seterusnya dan mengenai pemilihan parti akan datang, itu kita bincang lain kali," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, polis mengesahkan rakaman video seks membabitkan pelaku didakwa mirip Anwar adalah tulen setelah pasukan itu mendapatkan khidmat pakar pengimejan video dari luar negara dipercayai Amerika Syarikat (AS).
No comments:
Post a Comment