KUALA TERENGGANU 5 Mei - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kesal dengan cara kerajaan negeri Kelantan menangani kepentingan dan hak Orang Asli berhubung Ladang Rakyat.
Menterinya Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha kerajaan Pas negeri itu untuk membantu golongan pribumi negeri itu tidak mencapai tahap yang sepatutnya.
"Kalau di negeri lain, banyak bantuan disalurkan kepada masyarakat Orang Asli untuk meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya kepada pemberita sebelum menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Isu Tanah Orang Asli di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Isu Ladang Rakyat telah membangkitkan kemarahan Orang Asli di kawasan Gua Musang apabila mereka mendakwa tanah yang diusahakan mereka sejak puluhan tahun lalu diambil oleh kerajaan negeri itu untuk dibangunkan sebagai Ladang Rakyat yang diusahakan pihak swasta. - Bernama
No comments:
Post a Comment