Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Thursday, January 13, 2011

Audit perniagaan minyak masak siap dalam dua minggu


Soalan
1. Selepas audit, apakah yang akan dilakukan terhadap pengilang, pemborong, pembungkus dan peruncit minyak?

2. Sekiraya dari kilang, tiada didapati sebarang penyelewengan, kemanakah minyak masak ini dilarikan?

3. Adakah alasan buah sawit tidak berada dipasaran akan diguna pakai oleh pengilang? Kekurangan bekalan mentah?

4. Adakah pemborong tidak berminat untuk mengedar semua minyak yang telah diborong?

5. Adakah pembungkus menggunakan alasan untuk tidak mengeluarkan pek berplastik sebagai meyahut seruan "Hari tanpa Plastik" setiap Sabtu dan Ahad? Dan mengakibatkan ketiadaan di pasaran?

6. Kenapa perkara ini sering berulang kali berlaku dan tiada pemantauan dari unit yang berkenaan?

7. Apakah wajar SPRM menyiasat perkara penyelewangan ini?

pemdatg kata: Sama-sama kita renungkannya...

ALOR SETAR - Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dijangka selesai mengaudit pemborong, pembungkus dan peruncit minyak masak dalam masa dua minggu lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, audit itu turut membabitkan 22 kilang besar dan 221 syarikat pembungkus semula minyak masak berlesen di seluruh negara.

"Antara tujuan audit ialah untuk mengenal pasti punca dan dalang yang menyebabkan kekurangan bekalan minyak masak di pasaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) Wilayah Utara dan Wisma Koperasi guru Melayu Kedah Berhad (KGMKB) di sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment