Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Tuesday, January 25, 2011

Kerusi DUN Merlimau kekal milik BN


Tak da masalah punya, boleh menang besar. Tapi kena kerja kuat semua jentera BN dan tunjukkan prestasi cemerlang kepada penduduk DUN Merlimau.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


KUALA LUMPUR, 24 Jan. - Barisan Nasional (BN) dijangka mampu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka pada pilihan raya kecil yang akan diadakan nanti.
Keyakinan itu diluahkan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berdasarkan pencapaian BN di kerusi itu pada beberapa pilihan raya umum sebelum ini.

"Bukan sahaja menang, tetapi majoriti kita pun bertambah daripada yang lalu,” katanya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata berdasarkan keputusan pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008, BN berjaya mengekalkan kerusi itu dengan majoriti yang membanggakan.
Pada 1999, BN yang diwakili UMNO menang dengan majoriti 2,252 undi, 2004 (5,087 undi) dan 2008 dengan majoriti 2,154 undi, katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment