Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Tuesday, January 4, 2011

‘UMNO Dahulukan Rakyat’ diperkasakan tahun ini

KUALA LUMPUR, 2 Jan. - Slogan “UMNO Dahulukan Rakyat” akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa UMNO sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Pelaksanaannya akan digiatkan melalui program Juara Rakyat yang akan dianjurkan sepanjang tahun dan disuntik dengan “gaya baru” dengan tema berbeza setiap bulan, katanya.
"Tema (program Juara Rakyat) untuk bulan Januari ialah pendidikan dan program ini akan bermula dengan gaya baru dengan mengadakan ceramah juara rakyat ketika aktiviti sedang berjalan.

"Ia tidak seperti biasa yang hanya melibatkan pameran dan lawatan sahaja seperti sebelum ini dan ini dilakukan bagi memberikan penerangan yang jelas kepada peringkat akar umbi,” katanya ketika dihubungi. - Bernama

pemudatg kata: Perlu diperhebatkan lagi gerakan-gerakan "gaya baru" ini dan tidak perlu dibuat secara besar-besaran. Jumlah kumpulan-kumpulan kecil oleh bahagian dan cawangan hendaklah digerakkan di kawasan masing-masing. Yang penting mesej dari pihak Barisan Nasional hendaklah sampai kepada para audience. Tidak guna dibuat secara besar-besaran tetapi mesej yang hendak disampaikan tidak sampai kepada target audience.

No comments:

Post a Comment