Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Friday, January 21, 2011

Sana Sini Haram....Jadi Mana Yang Halalnya...?

Serupa Badut.....
Apabila sudah gila kuasa, apa sahaja akan dilakukan untuk memenuhi nafsu serakah puak-puak puakatan ini.

Sampai sanggup mengharamkan sesuatu perkara itu tanpa mempedulikan sentimen masyarakat di Tenang.



Manusia seperti ini tidak ada agenda lain sehingga suatu ketika dahulu sampai sanggup mohon derhaka kepada DYMM Sultan Perak.

Apakah mereka ini tidak faham mengenai sistem Raja Berpelembagaan dan tidak mempedulikan ini semua.

Sewajarnya gelaran Datuk Seri yang telah dianugerahkan kepada Niza ditarik semula dan digantung !


LABIS 21 Jan. - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak mempunyai hak di sisi agama untuk mengatakan bahawa mengundi calon UMNO pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah haram, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi mengundi mana-mana parti pada pilihan raya kecil DUN Tenang.

"Dia sudah banyak keluarkan fatwa, dulu kata haram wanita bertanding tetapi sekarang telan balik. Tak tahu fatwa atau asas agama apa yang dia gunakan. Ini adalah hak untuk rakyat membuat keputusan.” "Ini bukan hak Nizar untuk mengatakan haram. Siapakah dia hendak jatuhkan hukum,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah pembinaan bangunan tambahan Sekolah Agama Labis di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment