pemudatg: Kena dah, panas.....panas...panas berapi......Tak tidur malam la.....nampak gayanya Adun Sri Muda.
SHAH ALAM 15 Jan. – Polis mengesahkan telah mengambil beberapa peralatan komputer dari Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei di Kota Kemuning di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya mengambil peralatan itu bagi tujuan siasatan berhubung tuduhan Shuhaimi menghina Sultan Selangor menerusi laman blognya baru-baru ini.
"Ya, kita ada pergi ke pusat khidmat ADUN itu, tengah hari semalam. Tujuan kita ambil peralatan komputer untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes.
“Kita yakin kes ini akan selesai dengan cepat dan bagilah sedikit masa kepada kami,” katanya.
Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan dalam blognya 30 Disember lepas yang didakwa mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. – Bernama
No comments:
Post a Comment