Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Tuesday, January 11, 2011

Shuhaimi tidak hadir ke IPD Shah Alam


SHAH ALAM 11 Jan — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei tidak hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini bagi memberi keterangan berkaitan laporan yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor, atas nasihat peguam.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, peguam PKR memutuskan Shuhaimi hanya akan hadir memberikan keterangan sekiranya menerima notis mengikut Seksyen 111, Kanun Tatacara Jenayah.

"Setakat ini tidak ada notis rasmi dikeluarkan bagi mewajibkan Suhaimi datang ke balai...sesiapa yang diperlukan untuk siasatan kami sedia bekerjasama,” katanya kepada pemberita di luar IPD Shah Alam di sini hari ini.

Selain Tian Chua, beberapa penyokong Shuhaimi turut berkumpul di luar IPD Shah Alam di sini sambil membawa kain rentang dan melaungkan sokongan terhadap Adun berkenaan.
Ditanya mengenai lokasi Shuhaimi ketika ini, beliau berkata wakil rakyat itu berada di dalam negeri dan sibuk dengan tugasan hariannya. — Bernama

pemudatg kata: Ohh....tak mau hadir ke balai ye...Nak notis diserah....! Kita... tunggu dan lihat je la.... Lambat laun kena hadir gak...

No comments:

Post a Comment