KLANG, 2 Jan. - MCA Selangor akan membangunkan laman web khas 1Malaysia bagi memastikan rakyat negeri itu memahami dan menyokong gagasan tersebut yang logonya kini dilarang dipamerkan di negeri tersebut.
Pengerusinya, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, laman web itu juga bertujuan mengumpulkan nama penduduk Selangor yang menyokong gagasan 1Malaysia untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri.
"Kami menentang pengharaman itu dan mahu lebih ramai rakyat, khususnya penduduk di Selangor memahami konsep sebenar 1Malaysia dan melawat laman web ini sebagai tanda sokongan kepada logo tersebut yang bertujuan menggalakkan perpaduan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata laman web itu akan dibangunkan oleh Pemuda MCA Selangor dalam tempoh 48 jam. - Bernama
pemudatg kata: Semangat berpasukan inilah yang akan membawa kejayaan kepada Barisan Nasional di Selangor. Semoga beroleh kejayaan merampas kembali Selangor dari Geng Gagap.
No comments:
Post a Comment