Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....
Tuesday, January 11, 2011
DAP Pulau Pinang 'pilih bulu'
PULAU PINANG 10 Jan. - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik mengetuai operasi merampas perkakasan Restoran Nasi Kandar Aliyar di Gat Lebuh Maccalum di sini disifatkan 'pilih bulu'.
Cuba lihat foto ini...
Ini kerana, wakil rakyat DAP itu tidak mengambil tindakan serupa terhadap banyak lagi premis makanan di negeri ini khususnya di Georgetown yang turut meletakkan kerusi meja di kaki lima jalan.
Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, lebih dikesalkan, ada juga di kalangan pemilik restoran meletakkannya di atas jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas tetapi tiada tindakan diambil.
Menurutnya, orang ramai dapat melihat sendiri premis-premis makanan di Georgetown yang banyak beroperasi tidak mengikut peraturan secara berleluasa, seolah-olah tidak diganggu langsung oleh pihak berkuasa khususnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
"Rakyat mungkin tertanya-tanya kenapa tindakan sama tidak dikenakan terhadap pengusaha kedai makan lain di sekitar Georgetown.
pemudatg kata: Memang kurang ajar Adun Komtar tu.....siap nak diangkat semua barang-barang kedai tu.... Memang badut betul la diorang ni semua.... Cuba la buat kt Georgetown tu....
Tak berani punye...!Tu la pasal... Ternyata pakatan rakus !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment