Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Sunday, January 23, 2011

Next PRK....Port Klang? Confirm ke ni?


 Next PRK....Port Klang? Confirm ke ni? Mungkin jugak? Tapi kita tunggu penjelasan dari SPR sebagai kata putusnya....

Teng, u kena tunggu dulu ya.......Tak boleh suka2 kata org tak hadir persidangan.

SHAH ALAM, 21 Jan. - Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim hari ini berkata, beliau telah menghantar surat pemberitahuan tentang kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Pelabuhan Klang yang disandang Badrul Hisham Abdullah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pejabat SPR negeri di Shah Alam mengaku menerima surat pemberitahuan itu dan perisytiharan tentang kekosongan kerusi berkenaan, katanya kepada pemberita di sini.
Chang Khim berkata, dengan perisytiharan itu, Badrul Hisham kini tidak lagi layak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana beliau bukan lagi seorang ADUN.

"Sepanjang yang melibatkan saya, perisytiharan tentang kekosongan kerusi itu telah dibuat. Beliau bukan lagi seorang Yang Berhormat, (beliau) kini adalah Yang Berbahagia. Hanya Yang Berhormat dibenarkan memasuki dewan,” katanya.
Ditanya tentang cara majoriti dua pertiga akan ditentukan apabila hanya 55 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN itu diisi, Chang Khim berkata, ia tetap akan dikira berdasarkan keseluruhan jumlah kerusi iaitu 56. - Bernama

1 comment:

  1. ni semua tak tahu lagi..sebab ni helah speaker cina dap

    ReplyDelete