Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Saturday, January 15, 2011

Bekalan minyak masak pulih sepenuhnya minggu depan


Oh minyak masak...dimano kah ekau.......puas eden cari ko dimerata tempat.......tak bertemu jugak....

BERA 15 Jan. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan bahawa bekalan minyak masak di pasaran akan pulih sepenuhnya minggu depan.

Beliau berkata, pengilang dan pembekal telah diarah meningkatkan bekalan kepada pemborong dan peniaga di seluruh negara menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina nanti.
"Sebanyak 14,000 tan metrik tambahan minyak masak akan dibekalkan sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan dengan penambahan bekalan tersebut tiada sebab bekalan minyak masak tidak mencukupi kecuali peniaga menyorok bekalan minyak tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis mesra bersama peneroka Felda Tembangau, di sini.

Beliau berkata, sebanyak 73,000 tan metrik minyak masak diperlukan di seluruh negara untuk setiap bulan dan dengan penambahan 14,000 tan itu, tidak sepatutnya timbul lagi isu kekurangan minyak masak di pasaran.
Ismail Sabri turut berharap orang ramai agar tidak membuat pembelian panik atau membeli terlalu banyak barang keperluan di musim perayaan itu nanti. – Bernama

No comments:

Post a Comment