Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Saturday, January 22, 2011

Jangan Pisahkan ?........Pisahkan...? I follow....je.


Kebiasaannya kalau waktu pencalonan inilah waktu kritikal kerana hari pertama pertempuran setelah beberapa lama PRK2 yang telah berlalu.

Semangat para penyokong-penyokong yang membara pastinya menghangatkan suasana di pagi yang tenang di TENANG dan tidak memberikan ketenangan kepada para petugas-petugas berwajib.

Tapi apa adahal, yang penting sokongan yang tidak berbelah bagi harus ditonjolkan....Mantap !

Selamat Berjuang........

LABIS, 21 Jan. - Para penyokong parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akan ditempatkan berasingan di sekitar kawasan Majlis Daerah Labis pada hari penamaan calon esok, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Penyokong calon Barisan Nasional (BN) akan ditempatkan di sebelah kiri dewan manakala penyokong calon Pas di sebelah kanan dewan, katanya.
"Kita harap dua parti ini sajalah yang bertanding esok.

"Dan kalau ada calon bebas, dia boleh duduk di mana-mana. Kita pun tak sediakan tempat untuk calon Bebas, tapi kita juga sediakan khemah untuk VIP, orang-orang yang dipilih parti masing-masing seramai 100 orang, serta khemah-khemah untuk penyokong-penyokong parti bertanding,” katanya dalam sidang media di Majlis Daerah Labis di sini hari ini.

Setakat ini, dua calon telah diumumkan untuk bertanding bagi kerusi tersebut iaitu Mohd. Azahar Ibrahim mewakili BN dan Ketua Muslimat Pas Labis, Normala Sudirman mewakili Pas. - Bernama

1 comment:

  1. Mujurlah segalanya berjalan dengan lancar.
    Terima kasih PDRM !

    ReplyDelete