Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Monday, January 17, 2011

Pertumbuhan dijangka 7% bagi ekonomi Malaysia 2010

Bukan mudah untuk menaikkan kembali ekonomi apatah lagi dengan kesan secara langsung dari kemelesetan ekonomi Amerika dan Eropah. Sekiranya pentadbiran Kerajaan tidak stabil dan kucar kacir, pastinya tidak menguntungkan sesiapa.

Tetapi ada masih ada puak-puak pakatan haram yang memburuk-burukkan negara di luar dan bertujuan memberikan gambaran keadaan negara yang huru hara. Ada ke manusia yang semacam ini yang nak dipilih? Bodoh piang pakatan haprak.

KUALA LUMPUR, 17 Jan. - Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan kira-kira tujuh peratus bagi 2010, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.
Zeti berkata, sementara sektor luaran mungkin dipengaruhi pertumbuhan global yang lebih perlahan, momentum pertumbuhan permintaan tempatan diramalkan berkekalan tahun ini, didorong oleh perkembangan kukuh pada aktiviti sektor swasta.

"Yang paling menggalakkan adalah pelaburan swasta dijangka mengukuh dah menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan itu,” kata Zeti dalam ucaptamanya pada majlis makan malam menyambut peserta Mesyuarat Eksekutif Institut Kestabilan Kewangan Bank-Bank Pusat Asia Pasifik Timur di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment