Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Wednesday, January 12, 2011


KOTA BHARU 10 Jan. – Beberapa pemimpin UMNO Kelantan yakin parti itu akan dapat kembali menguasai negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), bersandarkan perkembangan semasa dan transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun mereka mengakui tugas tersebut amat berat kerana perlu memecahkan benteng yang dibina Pas sejak 20 tahun lalu melalui pemerintahan mereka.
Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin berkata, sasaran untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 23 kerusi adalah realistik malah beliau yakin parti itu dapat menguasai lebih daripada itu.


“Sasaran ini dibuat berdasarkan laporan yang kita terima daripada bahagian yang nampak jelas dengan transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, rakyat boleh terima perubahan itu dan ‘mood’ di negeri ini pun sudah berubah.

No comments:

Post a Comment