Kantoi lagi si gagap ni. Dah bagitau dah, memang tak cukup punya. Tapi degil, ikut matematik mudah, kira dok pakai jari tangan campur kaki semua sekali. Memang tak cukup 2 par 3.
Yang hangpa nak dok buat gempar-gempar ni kenapa pulak? Ni la jadi nya....
Last-last syok sendiri je sidang DUN tergempar bergempar ni.
Hangpa semua jgn nak perlekeh la orang lain. Ingat semua rakyat bodoh kayu ka. Cermin la sikit gagap tu. Tgok tahap kegagapan level berapa.
Kalau mat Bangladesh tu boleh la ko kencing. Ingat apa. Haprak betul la pukatan ni.
Pakat ramai-ramai booooo...
SHAH ALAM 24 Jan. – Kerajaan negeri Selangor gagal meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri apabila ia tidak diluluskan setelah gagal memperoleh majoriti dua pertiga dalam undian belah bahagian dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Speaker Datuk Teng Chang Khim berkata, sebanyak 34 Ahli DUN (ADUN) menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan, manakala sebanyak 20 tidak menyokong.
"Namun mengikut peraturan mesyuarat sebarang pindaan memerlukan undian sebanyak dua pertiga dari jumlah kerusi DUN di bawah Perkara 98, Fasal 5 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
"Maka ia tidak boleh dibawa kepada bacaan kedua dan seterusnya,” katanya selepas pengiraan undi belah bahagian itu.
Berikutan kegagalan untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga itu, mesyuarat pada hari ini ditamatkan dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya sidang dewan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan kemudian. – Bernama
No comments:
Post a Comment