Seluruh jentera UMNO tidak kira di peringkat Cawangan atau Bahagian perlulah bersatu bagi mengukuhkan kekuatan barisan. Kerjasama dari semua sangat diperlukan walaupun satu undi. Apakah guna nya sekiranya menang di peringkat Cawangan dan Bahagian, akan tetapi hilang kuasa di Negeri. 4 penyakit yang telah disebutkan oleh PM sewajarnya diberikan peringatan kepada semua pihak.
JERLUN 14 Jan. – UMNO perlu serius dalam memilih pemimpin parti kerana sebarang perkara yang dianggap tidak telus, tidak demokratik atau “cantas-mencantas” akan memberi kesan kepada parti dan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, rasa tidak puas hati akan memberi kesan seperti ahli tidak keluar mengundi, tidak bekerjasama dan yang paling teruk melakukan tindakan yang menjejaskan peluang untuk menang dalam pilihan raya.
"Kita (UMNO) kena serius tentang pemilihan parti bagi mengelakkan perpecahan. Sebab itu tindakan untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah satu tindakan yang baik jika berlaku pilihan raya umum dalam tempoh tersebut.
"Tentang jawatan dalam parti, kita kena sedar kita (parti) tak berkuasa di Kedah, jadi tak perlulah berebut-rebut sangat jawatan dalam parti ini. Kalau tak bersatu, tak pilih calon yang sesuai, jangan mimpi nak menang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Rakyat Daerah Mengundi Kubang Sepat di sini hari ini.
Rabu lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, BN mampu menawan semula Kedah sekiranya budaya ”cantas” dihapuskan di kalangan pucuk pimpinan khususnya dalam UMNO. – Bernama
No comments:
Post a Comment