Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Saturday, January 15, 2011

Nyamuk bukan sebarang Nyamuk...sekali kena....boleh membawa maut.


KEMAMAN 15 Jan. – “Itu hanya soal nyamuk”, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.
Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis “Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti UMNO” di Kampung Geliga, di sini, hari ini yang dirasmikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lepas itu, Anwar berkata, beliau menyerahkan kepada Presiden Pas untuk menjawab isu berkenaan.

Abdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar; Azmin; Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; peguam, Karpal Singh; dan parti Pas kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata:
"Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab”. – Bernama

No comments:

Post a Comment