Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....
Friday, January 14, 2011
Kerajaan Pas Kelantan akui tak ada sumber kewangan
pemudatg kata: Apakah merancang untuk tidak merancang apa-apa dan tidak menjadi apa-apa..... Itulah rancangan nya untuk tidak merancang apa-apa dan tidak jadi apa.
Salah nya hanya untuk orang lain, walhal negeri-negeri lain banyak yang telah maju. Yang tetap dipersalahkan adalah orang lain walaupun sebenarnya diri sendiri yang tidak mampu mentadbir dan mengurus. Kekurangan peruntukan tetapi mempunyai banyak hasil tanah yang luas dan balak, tetapi tidak diurus dengan baik.
KOTA BHARU 13 Jan. – Kerajaan Pas Kelantan mengakui tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan projek bagi mengurangkan masalah banjir di negeri ini terutama di bandar ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya telah membuat perancangan yang teliti bagi membangunkan kawasan-kawasan baru di negeri ini tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan peruntukan.
Pada masa yang sama, beliau menyalahkan Kerajaan Pusat dan pembayar cukai kerana tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sehingga menjejaskan perancangan yang dibuat. - Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment