Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Monday, January 17, 2011

Ronnie VS Hassan - Part II


Pelik bin ajaib..... Setiap kali Hassan nak mula gerakan, ada je penghalangnya? Apa puncanya? Atau nak acah-acah si Ronnie tu? Dulu pasal arak jual kat 7E. Sekarang ni isu MPSJ la pulak. Apa hebatnya si Ronnie ni sampai semua yg Hassan nak buat, kena sabotaj? Padahal sama-sama dalam pukatan....

Atau sengaja nak timbul kan isu seolah-olah nak menunjukkan masing2 ada buat kerja dan membela nasib rakyat? Memang pelik...... Kalau nak buat, buat je la....last-last, kena sabotaj?

Apa cite ni? Adakah masing2 inginkan publisiti suapaya terus popular di mata rakyat dengan perlbagai isu-isu mempertahankan rakyat...? Mangkuk talam betul la diorang ni...


SHAH ALAM 17 Jan. - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu yang mengarahkan agar larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak ditarik balik sebagai tidak menghormati undang-undang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, ini kerana larangan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tersebut berdasarkan Seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang lain.

"Yang keduanya kalau semua orang nak bertindak macam DAP nak campur tangan dalam soal-soal agama orang lain maka dia akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

1 comment:

  1. salam perkenalan...sy telah link kan blog anda di blog sy...sy harap anda dapat link kan blog sy di blog anda.

    TQ

    http://malaydelima.blogspot.com/

    ReplyDelete