Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Thursday, December 9, 2010

Antara Pilihan Meletak Calon Pilihan Rakyat dan Masalah Nasional

Antara Pilihan Meletak Calon Pilihan Rakyat dan Masalah Nasional


Sepertimana yang telah nyatakan oleh Pengerusi Barisan Nasional di dalam Konvensyen Barisan Nasioanl yang lalu, calon untuk kerusi pilihan raya adalah di kalangan calon Pilihan Rakyat.
Calon pilihan rakyat yang bagaimanakah bakal memenuhi kriteria tersebut?

Dari sudut apakah mereka ini terpilih? Adakah dari golongan yang mesra rakyat dan sering bersama turun  padang menemui dan mendengar masalah dan rintihan rakyat?

Sejauh manakah  kekuatan calon ini dan dapat mengambil hati rakyat? Akan tetapi jangan dilupa terdapat isu yang lebih besar dan boleh menggugat kredibiliti calon ini dan memberikan markah terburuk walaupun calon ini amat mesra rakyat.

Halangan tersebut adalah bersifat Isu Nasional iaitu kenaikan harga berbagai jenis barangan dan keperluan. Amat memburukkan keadaan ini, disaat hampir pilihan raya, timbul berbagai jenis ceritera kenaikan tarif itu dan ini.

Matlamat pada awalnya yang ditubuhkan berbagai jenis agensi bagi mencari mekanisme untuk membantu rakyat menjadi gajah putih dan tidak berfungsi serta lumpuh.
Siapakah yang membuat keputusan bagi perkara-perkara diatas? Adakah calon pilihan rakyat yang mesra rakyat?

Sekiranya calon pilihan rakyat, sudah pastinya beliau akan memahami masalah rakyat !

pemudatg kata: Renung-renungkan....Selamat mencari calon pilihan rakyat.

No comments:

Post a Comment