KUALA TERENGGANU 18 Dis. - Usaha menangani masalah remaja perlu digerakkan dengan kegiatan yang menjadikan kerajaan sebagai rakan kongsi mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia perlu disesuaikan dengan cita rasa remaja masa kini yang sekaligus dapat menarik penglibatan mereka untuk bersama melakukan perubahan.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Remaja Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak di sini petang ini. Turut hadir barisan kepimpinan negeri.
Himpunan terbesar golongan itu dalam program yang menarik penglibatan kira-kira 30,000 remaja dari seluruh negeri ini diadakan sempena pelancaran Kelab Motor Terengganu.
Beliau kemudiannya akan menyertai program Jelajah One Malaysia (JOM) dengan melawat rumah warga emas di Cabang Tiga di sini.
Beliau bersama-sama dengan anggota pergerakan Pemuda UMNO bersama semasa kerja baik pulih rumah.
Perdana Menteri kemudiannya akan berjalan kaki ke pasar malam yang terletak berhampir untuk bertermau dengan orang ramai. - Utusan
pemudatg kata: Terdapat ramai golongan muda ini ingin bersama-sama dengan pemimpin politik, mereka harus faham dan menyesuaikan dengan kehendak dan citarasa golongan muda agar boleh kebersamaan dengan mereka. Sekiranya golongan muda ini tidak dipedulikan, akan ada pihak yang lain yang akan mengambil kesempatan keatas mereka.
Sifat ingin mengetahui dan mencuba sesuatu yang baru oleh golongan muda ini wajar di jinakkan dengan mengadakan program2 yang disukai oleh mereka ini. Yang muda disayangi, Yang tua dihormati.
No comments:
Post a Comment