Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Sunday, December 5, 2010

Isu air di Selangor: Ketepikan kepentingan politik - Najib

05/12/2010 9:09pm

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Kepentingan rakyat merupakan keutamaan pokok apabila menyelesaikan masalah penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam hal itu, katanya, semua pihak perlu mengenepikan kepentingan politik masing-masing kerana isu air merupakan masalah serius.
"Kita perlu kerana masalahnya ialah kerajaan negeri dan ia mengambil pendirian berbeza mengenai masalah air. Ianya masalah amat serius,” kata Najib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN), pada akhir Konvensyen BN 2010, di sini hari ini.
"Kita harus mengenepikan isu-isu politik dan melihat lebih kepada kepentingan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, melahirkan kekecewaan dengan isu air di negeri itu dipolitikkan.
Sultan bertitah Selangor bakal berdepan krisis air yang serius jika kerajaan pusat dan kerajaan Selangor tidak menyelesaikan segera projek penyaluran air mentah antara negeri. - Bernama

No comments:

Post a Comment