KUALA LUMPUR 17 Dis — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Datuk Sulaiman Taha yang meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, pemergian Sulaiman ke Rahmatullah akan dirasai bukan sahaja oleh anggota keluarga Allahyarham tetapi juga para penduduk di sekitar Labis, Johor kerana Allahyarham telah lama berkhidmat sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Tenang.
"Allahyarham Sulaiman adalah seorang pemimpin yang banyak menabur bakti kepada masyarakat dan negeri, sekali gus membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri Johor,” kata Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Sulaiman, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Labis, meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur pada 1.10 pagi akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis. — Bernama
pemudatg kata: Salam Takziah buat seluruh anggota keluarga Allahyarham dan semoga roh nya dicucuri rahmat oleh ALLAH SWBHT dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin..
Pakatan Rakyat berguling2 sebab ada PRK !
ReplyDelete