Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Friday, December 31, 2010

Pas bimbang pembaharuan dalam UMNO

KODIANG, 30 Dis. - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, pemimpin Pas melihat pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah disebabkan pengaruh ayahnya adalah kerana parti itu tiada isu dan bimbang dengan pembaharuan yang sedang berlaku dalam UMNO.

Beliau berkata, pelantikannya bukanlah isu sebenar tetapi pemimpin-pemimpin Pas lebih suka menyentuh isu peribadi.

"Saya tidak perlu hirau komen-komen mereka kerana yang lebih penting ialah perubahan dalam UMNO disenangi rakyat,” kata Mukhriz kepada Bernama semasa diminta mengulas kenyataan anggota exco kerajaan Pas Kedah, Abdul Ghani Ahmad semalam, yang menganggap pelantikannya kerana beliau adalah anak Tun Dr. Mahathir, manakala Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar pula menyifatkan Mukhriz masih mentah. - Bernama

pemudatg kata: Kenapa nak takut dan bimbang dengan bayang-bayang sendiri. Ini jelas menunjukkan Pas tidak mampu untuk membawa dasar-dasar nya kedalam Pakatan Rakyat. Bak kata PM, tidur satu bantal, mimpi lain2. Pembaharuan yang dicanang-canang tidak dapat dilaksanakan dan memakan diri sendiri dengan bergabung di dalam Pakatan Rakyat. Lama kelamaan rakyat pasti dapat melihat bahawa Pas hanyalah boneka kepada parti lain dan menjadi orang suruhan untuk membuat provokasi kepada BN. Isu-isu remeh temeh dijadikan kambing hitam untuk memancing BN agar termakan umpan mereka.

No comments:

Post a Comment