IPOH 8 Dis. – Dewan Pemuda Pas Negeri Perak (DPPNPk) hari ini menyokong titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bahawa orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka bangsanya sendiri.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, titah berkenaan bertepatan dengan situasi negara kerana mereka yang mempertikaikannya, bertindak tanpa berasaskan faktor sejarah dan bercanggah dengan perlembagaan negara.
"Perkara ini turut ditekankan oleh Pas dan pakatan pembangkang yang bersepakat berdasarkan konvensyen tahun lalu yang akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan termasuk hak istimewa orang Melayu dan Raja Berperlembagaan.
”DPPNPk juga menyembah maklum akur dengan titah Sultan Azlan Shah kerana sejarah telah menyatakan bahawa kejatuhan empayar dan Kerajaan Islam dahulu adalah akibat pemimpinnya telah lalai terhadap tanggungjawab dan perintah agama,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya, DPPNPk komited mempertahankan Perlembagaan Malaysia. – Bernama
pemudatg kata: Allhamdullillah....telah terbit bibit-bibit keinsafan dan Insyaallah Ketuanan dan Kedaulatan Melayu akan tetap dipertahankan walaupun berbeza fahaman politik. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Jangan ada lagi yg berguling-guling atas jalan membuat bantahan. Harap-harap..Kata Bagai Dikota.
No comments:
Post a Comment