Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Tuesday, December 7, 2010

Chavez arah mangsa banjir dipindahkan ke hotel

CARACAS 7 Dis. - Anggota pasukan keselamatan Venezuela mula memindahkan keluarga mangsa banjir ke bilik-bilik penginapan hotel pelancongan sebaik diarahkan oleh presidennya, Hugo Chavez, lapor media tempatan semalam.

Kebanyakan negeri di negara Amerika Selatan itu diisytiharkan ‘darurat’ ekoran hujan lebat dan tanah runtuh yang telah meragut 32 nyawa serta menyebabkan 70,000 orang penduduk di persisiran Caribbean itu terpaksa berpindah.

Akhbar The El Universal yang memetik ketua pengawal kebangsaan melaporkan, orang ramai telah dipindahkan ke sebuah hotel sepanjang malam ekoran paras air yang naik mendadak.
Majer Jeneral Luis Mota Dominguez memberitahu akhbar bahawa para pemilik hotel telah menyediakan segala kemudahan untuk digunakan.

Hujan lebat dan banjir besar juga turut melanda negara jiran, Colombia yang menyebabkan 170 orang mati dan 1.5 juta orang lagi kehilangan rumah kediaman.
Chaves semalam menyelar jenayah kapitalis sebagai merosakkan alam global dan mengancam kehidupan manusia di muka bumi. - Reuters


pemudatg kata: Boleh try nie buat kat Kedah...Apa kata survey...? Confirm full house hotel kat Kedah. Bila masa lagi org di kampung nak merasa dok kat hotel...

No comments:

Post a Comment