Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Monday, December 6, 2010

SPRM Tahan Khir Toyo Di Pejabatnya

Shah Alam, 6 Disember - BEKAS Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi, Isnin.

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut.

Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan, penahanan Khir Toyo berkaitan dengan dakwaan bahawa beliau menerima rasuah berhubung pembelian tanah untuk 'Istana Khir' iaitu rumahnya yang ala Bali di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Semasa dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Bekas Menteri Besar Selangor itu didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah yang bernilai RM6.5 hanya dengan harga RM3.5, dua tahun lalu.

Pengarah syarikat Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Haryoni yang menjual hartanah tersebut turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Mohamad Khir pada 29 Mei 2007.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Mohamad Khir dan Shamsuddin masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM750,000 dengan seorang penjamin.

Khir Toyo, 45, menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan merupakan penjawat jawatan Menteri Besar yang termuda.
- Sumber: Bernama/Utusan

pemudatg kata: Jangan buat sebarang spekulasi...biar mahkamah tentukan.
pemudatg tanya: Bila pulak kes MB Kelantan akan didakwa....

No comments:

Post a Comment