Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Tuesday, December 28, 2010

Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan

Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.

Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang, Dr Zahimi Chik berkata, sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.

"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.

"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti “laser pointer” yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalam jarak dekat,” katanya.

pemudatg kata: Kalau laser yg mcm ni macam mana pulak?.....

No comments:

Post a Comment