Jangan biarkan keris pusaka ini terhunus dengan sendirinya....

Wednesday, December 22, 2010

'Pembohongan besar untuk tipu rakyat' - Pakatan Rakyat Ngok

PUTRAJAYA 21 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan pakatan pembangkang jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.

Beliau menganggap kenyataan pembangkang itu sekadar umpan untuk menarik pengundi dengan bermacam-macam tawaran istimewa tanpa membuat perkiraan betul terutama dari segi kewangan.
Sebagai contoh, katanya, jika 400,000 orang guru diberikan imbuhan bulanan sebanyak RM500, ini bermakna kerajaan pembangkang perlu membelanjakan RM200 juta sebulan dan jika diukur setahun ia membabitkan kos RM2.4 bilion.

''Dia kata ada duit jadi kita bacalah (andaikan) tapi implikasinya kalau naik gaji guru tapi tak naik gaji pegawai kerajaan lain yang berjumlah 1.2 juta orang, macam mana?
''Apakah guru sahaja ditawarkan, kenapa tidak tawarkan kepada yang lain? Kalau semua dinaikkan gaji, setahun sudah berapa, darabkan dengan beberapa tahun, boleh bankrap kita," soal beliau.

Muhyiddin mengulas kenyataan pakatan pembangkang yang dalam konvensyen mereka di Pulau Pinang Ahad lalu mengemukakan Program 100 Hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13.

pemudatg kata: Memang tak syak lagi, memang pembohong besar. Cakap tak serupa bikin. Lagi jerung besar punye.....Haprak punya pakatan. Pakatan pembohong...memang berpakat nak membohong. ha ha ha..

1 comment:

  1. Salam Pemuda TG,
    Bagi pihak rakan-rakan pemuda TD,kami ucapkan jutaan terima kasih kerana melayari laman blog kami.Insya Allah kita akan bekerjasama dalam segala aspek demi mengembalikan SELANGOR ke tangan BN.Blog saudara telah saya linkkan.

    ReplyDelete